Isnin, 7 April 2014

Aktiviti Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Video


Ahad, 6 April 2014

INTERAKSI 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG




contoh seminar PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer :





Antara hasil BBM berbantukan komputer



contoh borang pemarkahan pertandingan seminar pdp berbantukan komputer


Pameran

Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.

Jenis-jenis pameran:

Bil
Perkara

Huraian

1

Pameran tetap

Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat


2

Pameran temporari

Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan


3

Pameran keliling

Pameran yang dijalankan dengan mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.



Contoh pamplet pameran :




INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU






INTERAKSI 13 : Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.

Power Points

  • Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation

(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :

Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.




(ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :

Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint

\

INTERAKSI 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  1.   MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
  2.  APLIKASI PENYUNTINGAN BAHAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN


PENGENALAN

Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.
Kekuatan utama modul ini adalah dari segi bahasa penyampaiannnya. Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi. Memandangkan perisian ComIL sendiri juga dibina diatas pelantar Bahasa Malaysia, kesukaran para pelajar untuk menterjemahkan arahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dapat diatasi
Contoh alat pengarangan : ComIL
  • Alat pengarangan ComIL ini dibangunkan oleh pakar-pakar tempatan. Oleh sebab itu, suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan
  • Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL. Arahan arahan yang diberi adalah dalam format bullet atau bernombor. Oleh itu, pelajar tidak perlu membaca ayat-ayat panjang yang boleh mengganggu kontsentrasi mereka
  • Persembahan modul ini adalah kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain. Arahan yang diikuti dengan contoh serta gambar-gambar skrin dari sistem ComIL menampung pelbagai gaya pembelajaran pengguna
  • Tutorial ini juga tidak terus memperkenalkan sistem ComIL tetapi ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan

Kelemahan sistem sekarang
  • Modul yang dicadangkan tidak mengikuti teori-teori pembelajaran dalam metodologi pembangunan perisian PPBK.
  • Tidak ramah-pengguna antaranya kerana tidak mempunyai butang keluar dari setiap aktiviti yang disediakan. Pembelajaran pelajar akan terganggu kerana pelajar perlu kerap menggunakan 'scroll down' untuk melihat paparan yang sepenuhnya.
  • Modul ini tidak menggunakan pendekatan tutorial yang sebenarnya. sebaliknya ia lebih merupakan kuliah elektronik untuk menyampaikan maklumat tentang penggunaan ComIL.
  • Oleh kerana modul ini lebih berbentuk arahan untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam alat pengarangan ComIL, ia tidak memberikan perhatian terhadap peningkatan kemahiran berfikir penggunanya.
  • Perisian yang baik seharusnya mempunyai unsur kemahiran berfikir kritis dan kreatif dari aras rendah kepada aras tinggi dalam aplikasi pengajarannya
  • Modul menggunakan perisian ComIL yang terdapat pada laman ini tidak bersifat interaktif dalam erti kata tidak memerlukan input dari pelajar. Soalan-soalan untuk menguji sama ada objektif pembelajaran tutorial ini tercapai tidak disediakan. Ini bermaksud pemahaman dan penguasaan proses yang amat ditekankan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat tidak diikuti. Oleh itu, pengguna tidak akan dapat menilai tahap penguasaan mereka seperti yang dikehendaki oleh kurikulum

Contoh alat pengarangan

Microsoft Office Word 2007:

INTERAKSI 9: MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWSLETTER DAN KAD PENGUMUMAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit.  Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Prosedur Pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman.  Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian INTERNET.


Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
a. ZOHO https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp.
b. GOOGLE DOCS https://docs.google.com/#home.
c. 280 SLIDESHOW http://280slides.com/Editor/
d. BROCHUREMAKER http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1


Langkah-langkah mengedit bahan atas talian menggunakan Brochuremaker ialah:








Sabtu, 5 April 2014

INTERAKSI 8: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN



1.      Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
2.      Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan                laman web dan tapak pembelajaran.

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.

§    Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet.
§    Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk              menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
§   Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di            internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail            Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
§   Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan        pengajaran.
§   Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:

Ø  Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
Ø  Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
Ø  Minta murid melayari laman web yang disediakan
Ø  Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan                                 alat pengarangan elektronik
Ø  Guru membuat kesimpulan.

Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian

LANGKAH 1 :
  • Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
  • Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
  • http://upsrbm.tripod.com/bk.htm




 LANGKAH 2 :
  • Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
  • Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
  • Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik : 


LANGKAH 3 :
  • Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
  • Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.


LANGKAH 4 :
  • Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
  • Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
  • Lihat contoh di bawah :



LANGKAH 5 :
  • Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
  • Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik :



  • Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
  • Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.


Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tarikh                                               : 26 Mac 2012
Masa                                                 : 0845-0945 (60 minit)
Tahun                                               : Tahun 1 Bendahara
Tema                                                : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk Pelajaran                                 : Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan Murid                                  : 30 orang
Standard Kandungan                          : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara                                                               semula dengan tepat menggunakan sebutan yang                                                             jelas dan intonasi yang betul.
 Standard Pembelajaran                      : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar                                                           dengan betul menggunakan ayat tunggal.

Objektif                                             : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
                                                                 i. Membina 3 ayat tunggal                                                                                                 berdasarkan gambar.
                                                                ii. Mengetahui dan menceritakan 5 cara                                                                               menghapuskan tempat pembiakan aedes.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                     i. Bercerita berdasarkan video
                    ii. Membina ayat secara berkumpulan dan individu
                   iii. Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada                      : Murid pernah melihat nyamuk aedes

Pengisian Kurikulum                          :
                     i. Ilmu    - Pendidikan Sivik, Pendidikan Kesihatan
                    ii. Nilai    - kerjasama, tanggungjawab, berbudi bahasa

ENT                                                 :
                     i. Kemahiran Berfikir  - menjana idea untuk membina ayat tunggal
                    ii. Kemahiran Belalajar Cara Belajar – belajar secara berkumpulan
                   iii. Kontekstual – kebersihan persekitaran rumah
                   iv. Kecerdasan Pelbagai – interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal
                                                                       
EMK                                                :  Inovasi dan Kreativiti
Sistem Bahasa                                   : Ayat Tunggal

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar


Langkah / Masa
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi (5 Minit)
Gambar mangsa demam denggi
1.       Murid melihat gambar.
2.       Mengaitkan dengan tajuk Tiada Aedes Tiada Denggi

BBB :
Gambar 1, LCD

ENT :
Kontekstual
Langkah 1 (10 minit)
Kitaran hidup nyamuk aedes
1.       Murid melihat dan memahami kitaran hidup nyamuk aedes
2.       Murid membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar kitaran nyamuk
3.       Beberapa orang murid membentangkan ayat.

BBB :
Gambar 2, LCD

Tatabahasa :
Ayat tunggal

ENT :
Kemahiran berfikir, verbal linguistik
Langkah 2 (10 minit)
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes kepada murid.
1.       Murid menonton tayangan video
2.       Murid menceritakan kembali mengenai tempat aedes membiak berdasarkan video yang ditonton kepada rakan
3.       Beberapa murid menceritakan kembali mengenai video yang ditonton di hadapan kelas.

BBB :
Video LCD

ENT :
Verbal lingustik, interpersonal

Nilai :
Kerjasama, berbudi bahasa

Ilmu :
Pendidikan kesihatan dan sivik.
Langkah 3 (15 minit)
Berbincang secara berkumpulan
1.       Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
2.       Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai 5 cara untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes berdasarkan gambar yang diberikan.
3.       Secara berkumpulan murid diminta menceritakan tentang cara-cara menghapuskan aedes secara bergilir-gilir menggunakan aedes ayat tunggal (seorang murid satu cara)
EMT : Kreativiti

ENT : Kemahiran belajar, verbal linguistik

Nilai :
Tanggungjawab, kerjasama

Tatabahasa :
Ayat tunggal
Langkah 4 (15 minit)
Pemerhatian pembentangan murid
Pentaksiran :
Penilaian berdasarkan aktiviti yang dijalankan

Pemerhatian

ENT :
Kemahiran berfikir, intrapersonal

Borang pengurusan grafik
Pengayaan :
1.       Melengkap peta minda yang disediakan (lembaran kerja 1)

EMK :
Inovasi
BBB :
Lembaran kerja
ENT :
Intrapersonal, kontekstual

Padanan ayat
Pemulihan :
1.       Memadankan ayat dengan gambar
2.       Tanda jawapan yang betul.
3.       (lembaran kerja 2)

Penutup (5 minit)
1.       Penutup kognitif
2.       Penutup sosial
1.       Murid diingatkan mengenai cara menjauhkan diri daripada penyakit demam denggi.
2.       Murid diminta memberi pendapat mengenai perkara yang harus dilakukan oleh masyarakat untuk menghapuskan aedes.

Nilai :
Bertanggungjawab

ENT :
Kontekstual

EMK :
Kreativiti

Refleksi :
i. Kelemahan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii. Kekuatan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii. Penambahbaikan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________


GAMBAR 1

 

GAMBAR 2


 

GAMBAR 3
 

TAPAK PEMBELAJARAN