Isnin, 7 April 2014
Aktiviti Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Video
Posted on 11:52 PTG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
Ahad, 6 April 2014
INTERAKSI 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
Posted on 6:18 PTG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
contoh seminar PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer :
Antara hasil BBM berbantukan komputer
contoh borang pemarkahan pertandingan seminar pdp berbantukan komputer
Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan
hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada
orang ramai dalam proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:
Bil
|
Perkara
|
Huraian
|
1
|
Pameran tetap
|
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan
tempat
|
2
|
Pameran temporari
|
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu
tempoh masa yang ditetapkan
|
3
|
Pameran keliling
|
Pameran yang dijalankan dengan mengelilingi sesuatu
tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
|
Contoh pamplet pameran :
INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Posted on 6:17 PTG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
INTERAKSI 13 : Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Posted on 1:14 PG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
Pengenalan
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
(ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
- Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
- Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
(ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint
\
INTERAKSI 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Posted on 12:58 PG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
MENGGUNAKAN ALAT
PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
- APLIKASI PENYUNTINGAN BAHAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN
PENGENALAN
Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila
menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di
sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang
telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain
dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan
buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari
mereka sebagai bahan bantu mengajar.
Kekuatan utama modul ini adalah dari segi bahasa
penyampaiannnya. Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang
jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi. Memandangkan
perisian ComIL sendiri juga dibina diatas pelantar Bahasa Malaysia, kesukaran
para pelajar untuk menterjemahkan arahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa
Malaysia dapat diatasi
Contoh alat pengarangan : ComIL
- Alat pengarangan ComIL ini dibangunkan oleh pakar-pakar tempatan. Oleh sebab itu, suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan
- Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL. Arahan arahan yang diberi adalah dalam format bullet atau bernombor. Oleh itu, pelajar tidak perlu membaca ayat-ayat panjang yang boleh mengganggu kontsentrasi mereka
- Persembahan modul ini adalah kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain. Arahan yang diikuti dengan contoh serta gambar-gambar skrin dari sistem ComIL menampung pelbagai gaya pembelajaran pengguna
- Tutorial ini juga tidak terus memperkenalkan sistem ComIL tetapi ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan
Kelemahan sistem sekarang
- Modul yang dicadangkan tidak mengikuti teori-teori pembelajaran dalam metodologi pembangunan perisian PPBK.
- Tidak ramah-pengguna antaranya kerana tidak mempunyai butang keluar dari setiap aktiviti yang disediakan. Pembelajaran pelajar akan terganggu kerana pelajar perlu kerap menggunakan 'scroll down' untuk melihat paparan yang sepenuhnya.
- Modul ini tidak menggunakan pendekatan tutorial yang sebenarnya. sebaliknya ia lebih merupakan kuliah elektronik untuk menyampaikan maklumat tentang penggunaan ComIL.
- Oleh kerana modul ini lebih berbentuk arahan untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam alat pengarangan ComIL, ia tidak memberikan perhatian terhadap peningkatan kemahiran berfikir penggunanya.
- Perisian yang baik seharusnya mempunyai unsur kemahiran berfikir kritis dan kreatif dari aras rendah kepada aras tinggi dalam aplikasi pengajarannya
- Modul menggunakan perisian ComIL yang terdapat pada laman ini tidak bersifat interaktif dalam erti kata tidak memerlukan input dari pelajar. Soalan-soalan untuk menguji sama ada objektif pembelajaran tutorial ini tercapai tidak disediakan. Ini bermaksud pemahaman dan penguasaan proses yang amat ditekankan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat tidak diikuti. Oleh itu, pengguna tidak akan dapat menilai tahap penguasaan mereka seperti yang dikehendaki oleh kurikulum
Contoh alat pengarangan
Microsoft Office Word 2007:
INTERAKSI 9: MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWSLETTER DAN KAD PENGUMUMAN
Posted on 12:50 PG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu
proses mengedit. Proses mengedit ini
berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama
ada melakukan pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Prosedur Pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada
Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman.
Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti
langkah-langkah mengedit menggunakan talian INTERNET.
Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
a. ZOHO https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp.
b. GOOGLE DOCS https://docs.google.com/#home.
c. 280 SLIDESHOW http://280slides.com/Editor/
d. BROCHUREMAKER
http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1
Langkah-langkah mengedit bahan atas talian menggunakan
Brochuremaker ialah:
Sabtu, 5 April 2014
INTERAKSI 8: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
Posted on 11:49 PTG by Mohd Nurfikri Bin Maseri
| No comments
1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam
talian.
2. Melaksana simulasi pengajaran dalam
talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.
Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman
Web Pembelajaran.
§ Murid-murid gemar
untuk menggunakan komputer dan internet.
§ Sifat sebegini yang
dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah.
§ Untuk membantu guru
supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan
rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat
Internet.
§ Guru boleh
menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.
§ Langkah penggunaan
laman web adalah seperti berikut:
Ø Tentukan objektif
pengajaran yang hendak dicapai
Ø Guru menjelaskan
tugasan yang perlu murid lakukan
Ø Minta murid melayari
laman web yang disediakan
Ø Murid melaksanakan
tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan
alat pengarangan elektronik
Ø Guru membuat
kesimpulan.
Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH 1 :
- Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
- Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
- http://upsrbm.tripod.com/bk.htm
LANGKAH 2 :
- Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
- Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
- Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :
LANGKAH 3 :
- Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
- Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
- Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
- Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
- Lihat contoh di bawah :
LANGKAH 5 :
- Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
- Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik :
- Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
- Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.
Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan
Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa :
0845-0945 (60 minit)
Tahun : Tahun 1 Bendahara
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk
Pelajaran : Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan
Murid : 30 orang
Standard
Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard
Pembelajaran : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan
ayat tunggal.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar.
ii. Mengetahui dan menceritakan 5
cara menghapuskan tempat pembiakan aedes.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i. Bercerita berdasarkan video
ii. Membina ayat secara berkumpulan
dan individu
iii. Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia
Ada : Murid pernah melihat nyamuk aedes
Pengisian
Kurikulum :
i. Ilmu -
Pendidikan Sivik, Pendidikan Kesihatan
ii. Nilai -
kerjasama, tanggungjawab, berbudi bahasa
ENT :
i. Kemahiran Berfikir - menjana
idea untuk membina ayat tunggal
ii. Kemahiran Belalajar Cara Belajar
– belajar secara berkumpulan
iii. Kontekstual – kebersihan
persekitaran rumah
iv. Kecerdasan Pelbagai –
interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal
EMK : Inovasi dan Kreativiti
Sistem
Bahasa : Ayat Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar
Langkah / Masa
|
Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi (5 Minit)
|
Gambar mangsa demam denggi
|
1.
Murid melihat gambar.
2.
Mengaitkan dengan tajuk Tiada Aedes Tiada
Denggi
|
BBB :
Gambar 1, LCD
ENT :
Kontekstual
|
Langkah 1 (10 minit)
|
Kitaran hidup nyamuk aedes
|
1.
Murid melihat dan memahami kitaran hidup
nyamuk aedes
2.
Murid membina 3 ayat tunggal berdasarkan
gambar kitaran nyamuk
3.
Beberapa orang murid membentangkan ayat.
|
BBB :
Gambar 2, LCD
Tatabahasa :
Ayat tunggal
ENT :
Kemahiran berfikir, verbal linguistik
|
Langkah 2 (10 minit)
|
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes kepada murid.
|
1.
Murid menonton tayangan video
2.
Murid menceritakan kembali mengenai tempat
aedes membiak berdasarkan video yang ditonton kepada rakan
3.
Beberapa murid menceritakan kembali mengenai
video yang ditonton di hadapan kelas.
|
BBB :
Video LCD
ENT :
Verbal lingustik, interpersonal
Nilai :
Kerjasama, berbudi bahasa
Ilmu :
Pendidikan kesihatan dan sivik.
|
Langkah 3 (15 minit)
|
Berbincang secara berkumpulan
|
1.
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
2.
Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai 5
cara untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes berdasarkan gambar yang
diberikan.
3.
Secara berkumpulan murid diminta menceritakan
tentang cara-cara menghapuskan aedes secara bergilir-gilir menggunakan aedes
ayat tunggal (seorang murid satu cara)
|
EMT : Kreativiti
ENT : Kemahiran belajar, verbal linguistik
Nilai :
Tanggungjawab, kerjasama
Tatabahasa :
Ayat tunggal
|
Langkah 4 (15 minit)
|
Pemerhatian pembentangan murid
|
Pentaksiran :
Penilaian berdasarkan aktiviti yang dijalankan
|
Pemerhatian
ENT :
Kemahiran berfikir, intrapersonal
|
Borang pengurusan grafik
|
Pengayaan :
1.
Melengkap peta minda yang disediakan (lembaran
kerja 1)
|
EMK :
Inovasi
BBB :
Lembaran kerja
ENT :
Intrapersonal, kontekstual
|
|
Padanan ayat
|
Pemulihan :
1.
Memadankan ayat dengan gambar
2.
Tanda jawapan yang betul.
3.
(lembaran kerja 2)
|
||
Penutup (5 minit)
|
1.
Penutup kognitif
2.
Penutup sosial
|
1.
Murid diingatkan mengenai cara menjauhkan diri
daripada penyakit demam denggi.
2.
Murid diminta memberi pendapat mengenai
perkara yang harus dilakukan oleh masyarakat untuk menghapuskan aedes.
|
Nilai :
Bertanggungjawab
ENT :
Kontekstual
EMK :
Kreativiti
|
Refleksi :
i. Kelemahan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. Kekuatan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. Penambahbaikan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3
TAPAK PEMBELAJARAN
Langgan:
Catatan (Atom)