Rabu, 26 Februari 2014

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - TATABAHASA) KEMAHIRAN TATABAHASA

Terdapat pelbagai aspek dalam kemahiran tatabahasa yang akan kita pelajari. Sekarang kita akan memahami sistem bahasa yang terdapat dalam kertas soalan SPM. Dalam Kertas Bahasa Melayu SPM, aspek sistem bahasa akan diuji dalam soalan nombor 3. Secara keseluruhan, soalan tatabahasa adalah seperti berikut :


Soalan 3        : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa

Soalan 3 (a)   : Membina ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan

Soalan 3 (b)   : Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat,
                       atau menganalisis ayat

Soalan 3 (c)   : Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan

Soalan 3 (d)   : Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan 
                      
                        bahasa

Soalan 3 (e)   : Peribahasa


Membina ayat 

Soalan bahagian ini merangkumi ;

Kata dasar dan kata terbitan
Kata banyak makna
Kata yang hampir sama makna
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Kata ganda
Kata tugas
Kata terbitan/pasangan kata terbitan
Pasangan kata homograf
Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
Pasangan kata ganda dan kata majmuk
Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
Pasangan kata dasar dan kata majmuk
Pasangan kata homofon
Kata pinjaman bahasa Melayu
Kata tunggal
Kata terbitan
Kata majmuk


Teknik menjawab soalan membina ayat.

 Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.
Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan.
Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
Jika murid melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.
Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang tetapi ayat yang dibina mestilah ayat yang matang, yang sesuai dengan tahap murid tingkatan 5 (memadai 8 - 12 perkataan sahaja).
Ayat yang dibina tidak dijadikan kata nama khas, kata majmuk atau peribahasa.
Murid haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.
Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :


Nizam menaikkan  bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
Nizam menaiki  bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)


 Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa.
Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya.
Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.





Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, atau menganalisis ayat


Menukarkan ayat 

(a) Cakap ajuk cakap pindah /cakap pindah cakap ajuk

 Baca petikan beberapa kali dan fahami isi-isi penting yang terkandung di dalamnya.
Jangan prosakan petikan.
Jangan gunakan bahasa basahan/pasar/dialek.
Jangan buat laporan.
Tuliskan jawapan dalam satu perenggan sahaja.
Jangan gunakan sinkof seperti dah, dan lain-lain.
Patuhi 4 proses: 
Penghilangan - Tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata ("…."), tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.
Penambahan – Anda perlu memberi imbuhan pada kata yang sesuai atau menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya susunan lebih lengkap dan gramatis.
Penukaran – Tukarkan kata ganti nama diri, masa dan tempat kepada bentuk yang sesuai.
Penggantian – Kata seru hendaklah diubah kepada maksudnya.
Markah diberi secara impression dengan penekanan pada maksud dan jalinan ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan bahasa.
Kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah lemah dalam tatabahasa., menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak cukup.
Bagi aspek menukarkan dialog kepada cakap ajuk, proses penukaran adalah sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.




(b) Ayat susunan biasa / ayat songsang


Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat.
Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur predikat dikedepankan.




(c) Ayat aktif / ayat pasif

Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat.
Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN....,meN....i,dan meN....kan.
Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di....,di...i, di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.

Menulis semula ujaran yang tidak gramatis
Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk bahasa Melayu yang lengkap.
Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu baku.
Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran yang asal.


Menyambungkan ayat 

Murid perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.
Murid perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
Murid perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.
Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.).
Jangan tinggalkan isi penting.



Memisahkan ayat / Mencerakinkan ayat

Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat.
Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan.
Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.



Menganalisis ayat 

Murid perlu menganalisis ayat-ayat yang diberi dan menentukan binaan subjek dan predikat ayat berkenaan.
Murid perlu mengenal pasti empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu:


         1) FN + FN
         2) FN + FK
         3) FN + FA
         4) FN + FS

Jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu:
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah :-


Jenis-jenis ayat majmuk :-
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk Campuran


Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dan mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa.



 Mengesan kesalahan dalam ayat

Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh murid dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari. Murid mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat yang berkenaan.
Umumnya kesalahan yang sama akan berulang. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan ejaan. Murid perlu menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas berhubung dengan hukum tatabahasa. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan dalam ayat. Murid mesti menguasai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.


Memberi imbuhan

  • Mengenal pasti penggolongan kata dasar.
  • Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang diimbuhkan.
  • Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
  • Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.
  • Mengenal pasti perkataan tertinggal dalam ayat.
  • Mengenal pasti golongan perkataan.
  • Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.
  • Murid perlu menguasai maksud peribahasa.(termasuk simpulan bahasa, perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
  • Murid perlu mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.
  • Murid perlu menguasai peribahasa yang ada dalam buku teks.


Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:

  • Membina ayat berdasarkan peribahasa
  • Menyatakan maksud peribahasa
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
  • Menyatakan peribahasa yang sama maksud
  • Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - SENI BAHASA) ASPEK SENI BAHASA DALAM KSSR


 KONSEP ASPEK SENI BAHASA

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA.

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
Menyebut dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
Melafazkan pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

PRINSIP ASPEK SENI BAHASA

Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginative.


STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA.

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan  serta menghayati seni bahasa itu.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard kandungan dan standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

RUMUSAN.


Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam kurikulum standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melelui pelbagai kaedah pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai sastera atau seni.

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENULIS) KEMAHIRAN MENULIS

7.1   Peringkat Perkembangan Menulis


Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.  Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain.  Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.  Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.  Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.


7.1.1   Jenis Kemahiran Menulis


Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.   Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam  menulis perkataan-perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).  Kanak-kanak berkeperluan khas  bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah.  Mereka didapati sukar menulis  huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf  yang salah.

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita,  dan sebagainya.  Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.  Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan  oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.  Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti  menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.



7.1.2   Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis


Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari.  Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan  jari seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan
 dan permainan tertentu.  Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):

i.              peringkat pra menulis

ii.            peringkat mendirikan  asas (peringkat mekanis)

iii.           peringkat untuk pelahiran (mentalis)


Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.  Pada peringkat ini  otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas.  Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk  yang dilihat.

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.  Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i.              Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

ii.            Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii.           Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv.           Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke                      atas.

v.            Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vi.           Melukis garis condong.

vii.          Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan


viii.        Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan  bentuk huruf-huruf                        tersebut.

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MEMBACA)

KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi Membaca
(i) Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
(ii) Membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan.
(iii) Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
(iv) Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.
(v) Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.

Tujuan Membaca
1)    SERTA MERTA
2)    LANJUTAN

Tujuan Membaca Serta Merta
  Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu bahan yang digunakan.
 Apabila   seseorang   murid   dikatakan   ‘boleh membaca’, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak,   boleh   membaca   dengan   serta- merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan.
  Selain itu, ‘boleh membaca’ juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
  Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan- tujuan yang lain, antaranya:
  untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul.
  Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan.
  Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca.
  Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

Tujuan Membaca Lanjutan
ü  Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri.
ü  Murid  seharusnya  dapat  berfikir  dan  melahirkan  fikiran  dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka  menambah  satu  lagi  alat  perhubungan  iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.
ü  Tujuan lanjut bermatlamat;
• Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung muridan.
•  Merapatkan  lagi  diri  dengan  masyarakat  dan  memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.
• Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.  Menjadikan bahanbahan perbandingan dengan orang lain.
• Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
3)   Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut;
(i) Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.
(ii) Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.
(iii) Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan
bacaan yang dibacanya.
(iv) Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi
yang dibaca dengan pantas juga.
(v) Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan
semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.
(vi) Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan
cepat, jelas dan tepat.
(vii) Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.
(viii) Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang
berbeza.

Proses Membaca
      MENGECAM, MEMILIH, MAKNA …
      HUBUNGKAIT IDEA, SUSUN…
      GENERALISASI
      PENILAIAN

Jenis Bacaan
 MEKANIS
 MENTALIS
 INTENSIF
 EKSTENSIF

Peringkat Kemahiran Membaca
    KESEDIAAN MEMBACA
    PRABACAAN
    AKTIVITI MEMBACA
     MEKANIS
      MEMBACA DAN MEMAHAM



Peringkat Kemahiran Membaca 2
o      PENUBUHAN MAKNA
o      PENTAFSIRAN MAKNA
o      PERUMUSAN MAKNA
o      PENILAIAN MAKNA

Teknik Membaca
     SQ3R
     KWLH
     DR-TA

Perancangan dan Penilaian Bacaan
     PERANCANGAN
     MEMILIH BAHAN

     MENILAI

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR 2)

MENULIS RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN LISAN : MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
 PERANCANGAN AKTIVITI LISAN MELIBATKAN TIGA PERINGKAT BERIKU

q  Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu:
a.    Guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara   mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya
      Contoh aktiviti : guru dan beberapa orang murid menunjukkan simulasi cara melintas jalan.
b.    Guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan, bahan  stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P.
      Contoh aktiviti  : Guru menunjukkan beberapa keping gambar kesalahan melintas jalan raya.
c.   Guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu  berada dalam keadaan baik,  mencukupi, boleh digunakan dan murid  tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.

q  Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu :

a.    Murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan
b. Guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.


q  Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap
paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada :

a.    Objektif pengajarannya tercapai atau tidak
b. Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
c. Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan.

TINDAKAN SUSULAN
-       Aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah)
-        Aktiviti pengayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).

OBJEKTIF, LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI

a.    Mendengar dan memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah;
b.    Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
      1983 :3)

      Berdasarkan KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah seperti berikut:


-       Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
-       Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
-       Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
-       Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
-       Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
-       Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang  mengandungi kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
-       Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
-       Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR

Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya ( Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd. Rahman, 1992:21-22)
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu:
-       Peringkat pramendengar (sebelum)
-       Peringkat semasa mendengar (semasa)
-       Peringkat selepas mendengar (selepas)
Peringkat Pramendengar
1.    Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid  terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
2.    Seterusnya, guru memberi gambaran  yang menyeluruh tentang apa yang hendak  diperdengarkan.
3.    Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan  dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
4.    Akhirnya, guru memastikan  murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.
Peringkat Semasa Mendengar

1.    Guru  memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
2.    Guru juga perlu mengatasi sebarang  gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan.
Peringkat  Selepas Mendengar

1.    Guru  menghuraikan kembali tentang apa yang tidak difahami oleh murid dalam bahan  rakaman.
2.    Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
3.    Guru juga memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan.
4.    Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.
5.    Pengajaran kemahiran mendengar digabungjalin dengan satu atau lebih  kemahiran bahasa yang lain. (mendengar + bertutur)
6.    Teknik bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian tarik minat



LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49, iaitu :
-       Peringkat persediaan ( sebelum)
-       Peringkat pelaksanaan aktiviti ( semasa)
-       Peringkat susulan dan penilaian ( selepas)
Pada peringkat persediaan, terdapat tiga  perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu:
i.         Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau  melakukan tunjuk cara serta memberi contoh.
ii.       Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti (kad kiu, kertas edaran  dan lain-lain)
iii.           Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua perkara  yang dilaksanakan iaitu :

i.              Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
ii.            Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan  yang menjalankan aktiviti.

Peringkat-peringkat susulan dan penilaian

i.        Penilaian dijalankan secara berterusan (perbincangan- memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid.)

ii.      Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan.

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR)


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

1. Kemahiran Mendengar: satu proses yang melibatkan dua kemahiran:
a. menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama, cth:
b – p (badang – padang)
d – t (datang – tatang)
l – r (lali – lari)
k – g (kalah – galah)

b. memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Untuk memahami bunyi bahasa, murid perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman berikut:

i. Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan bagaimana bahasa digunakan.
ii. Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
iii. Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

Mendengar melibatkan dua proses utama, iaitu:

i. Membuat jangkaan: -
Apabila kita mendengar sesuatu, kita akan membuat jangkaan dalam fikiran terhadap apa yang kita dengar seterusnya.
Contoh: apabila kita mendengar berita kebakaran, kita akan membuat jangkaan tentang kemungkinan peristiwa yang akan berlaku berkaitan dengan kebakaran. Apabila jangkaan seperti ini dibuat, kita dapat mendengar dengan lebih berkesan lagi.

ii. Menentukan tujuan:
Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk hiburan, pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak berguna.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar

(a) Fizikal – murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.
(b) Jantina – terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
(c) Status sosioekonomi – latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
(d) Gangguan bunyi – bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar.
(e) Mental – kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka.


Kemahiran mendengar dalam KBSR

Program Bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kemahiran ini diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran ini akan mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain.

Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan memerlukan kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur. Begitu juga, kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kemahiran mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia mungkin menulis menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran sebenar. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu pengukuhan kemahiran mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.


Masalah dalam menguasai kemahiran mendengar

(a) Kekeliruan dalam membezakan bunyi
(b) Kelemahan dalam memahami apa yang didengar
(c) Tidak cekap dalam memproses maklumat
(d) Kelajuan dalam pertuturan
(e) Gaya pertuturan – tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek.


Pemilihan bahan dalam kemahiran mendengar

(a) Alat elektronik – radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan sebagainya.
(b) Bahan rangsangan – bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar, contohnya:

Bahan bentuk prosa:
Cerita, kuiz
Pesanan, temu ramah
Peraturan, syarahan
Iklan, laporan
Pengumuman, perbahasan
Perbualan/dialog, taklimat
Berita, wawancara
Ucapan, mesyuarat
Perbincangan, kempen
Surat, drama

Bahan bentuk puisi:
Pantun, syair
Sajak, nyanyian
Bahasa berirama

Bahan bentuk grafik
Pelan, rajah
Jadual, peta
Borang, graf
Gambar foto, carta
Gambar rajah

Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.


Aktiviti mendengar

Ada 2 peringkat:
i. mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh:
a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi:
ladang - padang
pantai - pandai
lali - lari
galah - kalah

b. latih tubi pemintal lidah:
Pandang pandan depan padang.
Letak tulang atas dulang
Berat beras dua belas kilo
Dari darah dari nanah yang punah di tanah

c. memadankan perkataan dengan gambar:
Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai.
A = buku
B = kuku
C = duku


ii. Mendengar untuk memahami dan bertindak balas.

Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah:
(a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
(b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama.
(c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas:
a. Melakukan pergerakan mengikut arahan:
”Duduk”
”Tututp pintu”
”Berdiri tegak, rapatkan kaki.”
”Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan”
”Pusing kiri”
”Pusing kanan”

b. Menandakan butiran yang berkaitan.
Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman. Contoh:

Seorang perempuan membawa tiga orang anaknya ke sebuah restoran dan memesan makanan daripada pelayan restoran tersebut.
”Berikan saya secawan teh, dua pinggan nasi lemak dan sepinggan bihun goreng.”

Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiran-butiran berkenaan.

Makanan; Minuman

Pulut panggang; Kopi
Mi rebus; Teh
Bihun goreng; Nescafe
Kek; Milo
Karipap; Air sejuk
Nasi lemak; Sirap

c. Menandakan betul atau salah.

Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi.

d. Menyusun gambar.

Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.

e. Mendengar dan memilih gambar.

Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar.

f. Melukis bahan berbentuk gragik.

Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh:

Guru bercerita:
”Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul.”

Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan.

g. Menandakan lokasi dan arah perjalanan.

Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar.

Contoh:
Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta berkenaan.

h. Mengisi jadual.

Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan.

i. Teka siapa saya.

Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki.

Contoh:
”Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?”


2. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama.

Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar.
Contoh aktiviti:

i. Menjawab soalan kefahaman.

Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada ”Hari Guru”. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.





ii. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan.

Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.


3. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali.

Contoh aktiviti:

i. Mengkategorikan fakta.

Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan.

ii. Menilai perwatakan.

Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur.

iii. Mendengar untuk mencantum maklumat.

Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan.


Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar

Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:

(a) Peringkat pramendengar
(b) Peringkat semasa mendengar
(c) Peringkat selepas mendengar

(a) Peringkat pramendengar
• Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
• Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan.
• Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
• Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti.

(b) Peringkat semasa mendengar

• Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
• Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan.

(c) Aktiviti sesudah mendengar

• Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
• Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
• Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
• Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur.

Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.

Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.


Penilaian Dalam Kemahiran Mendengar

Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek kemahiran mendengar:

(a) Sebutan, tekanan, jeda, intonasi:
Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik.

(b) Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan:
Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh:
dedak - ledak
bagi - baki
keras - kerat, dll


(c) Kefahaman terhadap teks yang didengar:
Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif.

Contoh soalan mengikut aras kognitif:
i. Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan)
ii. Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawat-pelawat tersebut. (kefahaman)
iii. Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis)

(d) Daya memahami dan memproses maklumat:
Segala maklumat yang didengar perlu difahami dan dapat disampaikan dengan betul kepada orang lain. Murid yang cekap dapat menyampaikan maklumat itu tanpa mengubah maksud asal. Contoh:

Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Guru menyampaikan suatu berita kepada seorang murid dalam setiap kumpulan. Murid berkenaan diminta menyampaikan berita itu kepada kawan di sebelahnya. Aktiviti ini diteruskan sehingga berita itu sampai kepada murid terakhir dalam kelas tersebut. Murid yang terakhir diminta menerangkan berita yang diterimanya kepada kelas.

Melalui aktiviti ini guru boleh menilai sejauh manakah maklumat yang diterima itu disampaikan dengan betul dan tepat.

(e) Kemahiran menentukan isi-isi penting:
kemahiran ini boleh dinilai melalui latihan mengambil pesanan daripada perbualan melalui telefon. Guru boleh memperdengarkan perbualan melalui telefon antara seorang kakak dengan adiknya.

Daripada perbualan yang didengar, pelajar diminta untuk mencatatkan beberapa isi penting.




KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur memerlukan dua proses:
i. Proses mental – pengetahuan bahasa
ii. Proses fizikal – menggunakan organ-organ ujaran untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu:
i. Unsur-unsur prosodi – intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda.
ii. Unsur-unsur paralinguistik – penggunaan isyarat dan pergerakan anggota badan, mimik muda, dsb.


Objektif Kemahiran Bertutur

KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan guru, dengan ibu bapa serta aktiviti pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid dapat:

i. Menyebut dengan jelas
ii. Menyampaikan pendapat
iii. Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepat
iv. Memberikan penerangan / alasan
v. Menunjukkan arah
vi. Membina soalan untuk mendapatkan maklumat
vii. Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog
viii. Bertukar-tukar fikiran / maklumat
ix. Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
x. Bertutur dengan menggunakan bahasa yang bertatasusila.


Peringkat-peringkat dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

i. Peringkat penerimaan mendengar dan memahami
Iaitu latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi, frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa. Pada peringkat ini murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung daripada guru atau rakaman.

ii. Peringkat penghasilan semula bertindak balas
Peringkat ini murid dilatih bertutur dengan menumpukan aspek-aspek:
(a) Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s], dsb.
(b) Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong seperti ambor, pantai, pulau, saat, baik, air, dsb.
(c) Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta kepastian, permintaan, dsb.
(d) Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, struktur ayat, dsb.
(e) Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan, pendengar, dsb.
(f) Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai.


Fungsi-fungsi pertuturan

i. Fungsi peribadi kemampuan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan atau hajat mereka dengan jelas dan tepat.
ii. Fungsi perhubungan mengisi keperluan harian. Contoh:
- melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
- Berkongsi kegembiraan seseorang
- Menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
- Meminta diri
- Meminta maaf dan memberi kemaafan
- Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain
- Menyatakan penghargaan dan berterima kasih
- Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
- Menyatakan ketidaksetujuan
- Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercakap

iii. Fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat-ayat arahan / permintaan ketika mengarah, memohon, memberi cadangan, meyakinkan orang lain, dsb.

iv. Fungsi menyoal bertujuan melatih murid supaya dapat membina soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.


v. Fungsi merujuk berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Dalam pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat seperti penggunaan kata, struktur ayat dan aspek morfologi.

vi. Fungsi imaginasi bertujuan melatih murid dapat menggunakan bahasa secara kreatif semasa bertutur. Contoh:
- mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang betul
- menggunakan bahasa berirama
- bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
- bercerita secara kreatif

vii. Fungsi menyampaikan maklumat melatih murid menyampaikan maklumat secara lisan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.


Contoh-contoh aktiviti bertutur dalam KBSR

• Mengaitkan aksi dengan pertuturan
• Menjawab soalan-soalan rakan atau guru
• Membina soalan berdasarkan bahan
• Memberi arahan kepada rakan-rakan
• Menerangkan gambar atau bahan grafik
• Berbual melalui telefon
• Bercerita berdasarkan cerita yang telah diketahui atau menceritakan pengalaman sendiri
• Membuat laporan berdasrkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan
• Membina sudut pembelajaran seperti kedai, perpustakaan, pejabat pos, bank, dan kemudahan awam yang lain dan berbual mengenainya secara spontan.
• Permainan komunikatif
• Mengadakan perbahasan, perbincangan, forum dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan murid mendengar dan kemudian melahirkan pendapat, persetujuan, keraguan atau menambah maklumat.
• Merakamkan perbahasan atau berita untuk perbincangan lanjut
• Main peranan
• Drama. Dll.


Perancangan aktiviti kemahiran bertutur

Perancangan merangkumi 3 peringkat:
i. Peringkat persediaan
ii. Peringkat pelaksanaan
iii. Peringkat susulan dan penilaian


i. Peringkat persediaan

(a) Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta memberikan contoh.
(b) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang mungkin perlu.
(c) Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

ii. Peringkat pelaksanaan aktiviti

(a) Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
(b) Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian.

iii. Peringkat susulan dan penilaian

Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan.

Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan pembelajaran murid.


Penggunaan alat / bahan dalam kemahiran bertutur

Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan. Alat / bahan bantuan mengajar dalam kemahiran bertutur termasuklah:

(a) Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnhya:
i. Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pengucapan.
ii. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.
iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

(b) Objek sebenar: objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid:
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan pita rakaman.
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman atau tayangan filem/video.
iii. Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan-bahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur.

(c) Gambar: elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon, berpuisi, berdialog, dsb.

(d) Grafik: pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk bertutur seperti:
i. Carta pai – palang; lingkaran; carta organisasi, dsb
ii. Jadual – jadual waktu; perjalanan; jadual tugas; dsb.
iii. Pelan / peta – arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat, dsb/

(e) Kad:
i. kad perkataan
ii. kad arahan / kad peranan.

(f) Bahan nyanyian, puisi dan permainan:
i. Mencipta senikata lagu berdasarkan irama popular
ii. Meneka siapa saya
iii. Kotak beracun
iv. Teka-teki, dsb.

(g) Alat / bahan yang dibeli:
i. Makmal bahasa untuk latihan sebutan, intonasi, tekanan, nada, jeda, dsb.
ii. Filem, slaid, video, tv, radio, perakam kaset, dsb.

iii. Komputer.

Etika Penggunaan Internet



Ahad, 9 Februari 2014

Apakah Itu Creative Commons?




PERBADANAN CREATIVE COMMONS BUKAN FIRMA GUAMAN DAN TIDAK MENAWARKAN PERKHIDMATAN UNDANG-UNDANG. PENGEDARAN LESEN INI TIDAK MEWUJUDKAN HUBUNGAN PEGUAMCARA DAN ANAKGUAM. CREATIVE COMMONS MEMBEKALKAN MAKLUMAT INI DALAM KEADAAN ‘SEDIA ADA’. CREATIVE COMMONS TIDAK MEMBERI WARANTI MENGENAI MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN, DAN MENOLAK LIABILITI UNTUK KERUGIAN YANG DIAKIBATKAN OLEH PENGUNAANNYA


Lesen
KARYA TERSEBUT DIPERUNTUKKAN DI BAWAH TERMA-TERMA LESEN AWAM CREATIVE COMMONS (“LACC” ATAU “LESEN”). KARYA TERSEBUT DILINDUNGI OLEH HAKCIPTA DAN/ATAU UNDANG-UNDANG LAIN YANG BERKENAAN. SEBARANG PENGGUNAAN KARYA TERSEBUT SELAIN DARIPADA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG HAKCIPTA ATAU YANG DIBERI KUASA DI BAWAH LESEN INI ANTARA ANDA DAN PEMBERI LESEN ADALAH DILARANG. “HAKCIPTA”, “KARYA”, “ANDA” DAN “PEMBERI LESEN” MEMPUNYAI MAKSUD SEPERTI YANG DIBERIKAN DI BAWAH.
DENGAN MENGGUNAKAN SEBARANG HAK-HAK KEPADA KARYA TERSEBUT YANG DIPERUNTUKKAN DI SINI, ANDA MENERIMA DAN BERSETUJU UNTUK DIIKAT OLEH TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT LESEN INI. PEMBERI LESEN MEMBERIKAN HAK-HAK YANG DIKANDUNGI DI SINI SEBAGAI BALASAN KEPADA PENERIMAAN ANDA AKAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI.


1. Definisi
  1. “Anda” ertinya seorang individu atau entiti yang melaksanakan hak-hak di bawah Lesen ini, yang tidak pernah melanggar syarat-syarat Lesen ini berhubungan dengan Karya tersebut, atau yang telah menerima kebenaran yang nyata daripada Pemegang Lesen untuk melaksanakan hak-hak di bawah Lesen namun terdapat perlanggaran.
  2. “Karya Kolektif” ertinya Karya tersebut dalam keseluruhannya dalam bentuk tidak diubahsuai, bersama dengan sebilangan karya-karya yang berasingan dan bebas, digabungkan kesemuanya secara kolektif.
  3. “Karya Terbitan” ertinya karya yang dicipta dalam keseluruhannya atau sebahagiannya berdasarkan Karya tersebut atau melalui terjemahan, penyesuaian, penyusunan semula, susunan, dan perubahan Karya tersebut dalam bentuk atau media lain, kecuali Karya Kolektif yang tidak dianggap sebagai Karya Terbitan untuk tujuan Lesen ini. Untuk mengelakkan keraguan, di mana Karya tersebut adalah gubahan muzik atau rakaman bunyi, penyelarian (synchronisation) Karya tersebut dengan masa berhubungan dengan imej yang bergerak (“synching”) akan dianggap sebagai Karya Terbitan untuk tujuan Lesen ini.
  4. “Karya” ertinya karya yang dilindungi oleh hakcipta yang ditawarkan di bawah terma-terma Lesen ini.
  5. “Lesen” ertinya perjanjian lesen awam Creative Commons ini antara Anda dan Pemberi Lesen.
  6. “Pemberi Lesen” ertinya individu atau entiti yang menawarkan Karya tersebut di bawah terma-terma Lesen ini.
  7. “Pencipta Asal” ertinya individu atau entiti yang mencipta Karya tersebut.
  8. “Penyampaian Kepada Awam” atau “Menyampai Kepada Awam” ertinya pemancaran Karya tersebut melalui cara wayar atau wayarles kepada awam termasuk menyediakan Karya tersebut kepada awam dalam cara dimana orang awam boleh mengakses Karya tersebut dari tempat dan pada masa yang ditetapkan secara keseorangan oleh mereka.
  9. “Perbadanan Perlesenan” ertinya satu persatuan atau organisasi lain yang mempunyai sebagai matlamat utama, atau salah satu daripada matlamat utamanya, perundingan atau pemberian, sama ada sebagai pemilik atau bakal pemilik hakcipta atau sebagai agen pemilik, lesen hakcipta sebagai balasan untuk pembayaran yuran lesen atau royalti, dan matlamatnya termasuk memberikan lesen-lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta.
  10. “Salinan” ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam apa-apa bentuk lain;
  11. “Unsur-unsur Lesen” ertinya sifat-sifat lesen peringkat tinggi seperti yang dinyatakan di tajuk Lesen ini: Pengiktirafan, Perkongsian Serupa.
  12. Melainkan konteks sebaliknya diperlukan, perkataan yang melambangkan kata tunggal akan termasuk kata jamak dan juga sebaliknya dan perkataan yang melambangkan satu jantina akan termasuk semua jantina dan perkataan yang melambangkan orang akan termasuk perbadanan, pertubuhan yang tidak diperbadankan dan pertubuhan dan perkongsian.
2. Urusan yang Wajar dan Hak-hak Lain. Tiada apa-apa dalam Lesen ini yang diniatkan untuk mengurangkan, membataskan atau mengehadkan apa-apa hak yang timbul daripada urusan yang wajar dan mana-mana perbuatan atau penggunaan yang dikecualikan secara khusus daripada pengawalan hakcipta oleh undang-undang hakcipta Malaysia seperti yang wujud kini atau seperti yang bakal dipinda, ditambah atau digubal semula dari semasa ke semasa.


3. Terma-terma Lesen 3.1 Pemberian Lesen. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, Pemberi Lesen memberikan Anda satu lesen seluruh dunia, tanpa royalti, tidak ekslusif untuk jangkamasa hakcipta Karya tersebut untuk menggunakan Karya tersebut dalam mana-mana cara berikut:
  1. membuat salinan Karya tersebut;
  2. menggabungkan Karya tersebut ke dalam satu atau lebih daripada satu Karya Kolektif;
  3. membuat salinan Karya tersebut seperti yang digabungkan di dalam mana-mana Karya Kolektif;
  4. mencipta Karya Terbitan;
  5. membuat salinan Karya Terbitan;
  6. Menyampaikan kepada awam, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam atau mengedarkan Karya tersebut, Karya Terbitan atau Karya tersebut seperti yang digabungkan di dalam mana-mana Karya Kolektif.
Hak-hak yang dibenarkan seperti di atas ini akan dirujuk sebagai “Hak-hak Yang Dilesenkan” dan boleh digunakan dalam semua media dan format-format yang dikenali kini atau diperolehi atau dicipta kelak. Hak-hak diatas termasuk hak untuk membuat pengubahsuaian yang merupakan keperluan teknikal bagi penggunaan hak-hak Yang Dilesenkan dalam media atau format-format lain.


3.2. Keperluan Lesan Perkongsian Serupa. Pemberian satu lesen seluruh dunia, tanpa royalti, tidak ekslusif untuk jangkamasa hakcipta Karya tersebut untuk menggunakan Karya tersebut mengehendaki Anda megedarkan karya anda di bawah terma-terma lesen yang serupa dengan lesen ini jikalau Anda megabungkan Karya ini kepada satu atau lebih Karya Kolektif ataupun menciptakan Karya Terbitan daripada Karya ini.


4. Had-had. Hak-hak Yang Dilesenkan adalah pada setiap masa tertakluk kepada dan dihadkan seperti berikut dan Anda:
  1. dibenarkan menyampaikan kepada awam, menunjukan, tayangkan atau memainkan kepada awam atau mengedarkan Karya tersebut di bawah terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini. Berkaitan dengan Karya Terbitan, Anda dibenarkan menyampaikan kepada awam, menunjukan, tayangkan atau memainkan kepada awam atau mengedarkan Karya tersebut di bawah terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, versi lesen ini yang kemudian yang mengandungi Unsur-unsur Lesen yang sama dengan Lesen ini atapun satu Creative Commons iCommons lesen yang mengandungi Unsur-unsur Lesen yang sama seperti Lesen ini (e.g. Pengiktirafan – Bukan Komersial – Perkongsian Serupa 2.5 Jepun);
  2. mesti merujuk kepada Lesen ini dan memasukkan sesalinan Pengenalpasti Sumber Seragam (“Uniform Resource Identifier”) (“PSS”) untuk Lesen ini dalam setiap salinan Karya tersebut yang Anda gunakan dalam penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan ini. PSS untuk Lesen ini atau Lesen Lain mesti disertakan dalam setiap salinan Karya Terbitan yang Anda cipta atau gunakan dalam penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan ini;
  3. dilarang menawarkan atau mengenakan sebarang terma-terma ke atas penggunaan Karya tersebut atau Karya Terbitan tersebut yang akan mengubah atau mengehadkan terma–terma Lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya atau penggunaan hak-hak yang diberikan di bawah ini oleh penerima;
  4. dilarang memberikan sublesen Karya tersebut;
  5. mesti mengekalkan semua notis-notis yang merujuk kepada Lesen ini dan juga terhadap penolakan waranti-waranti;
  6. dilarang menggunakan Hak-hak Yang Dilesenkan dengan atau menggunakan sebarang teknologi yang mengawal akses atau penggunaan Karya tersebut atau Karya Terbitan tersebut dalam cara yang tidak konsisten dengan terma-terma Lesen ini atau yang akan mengubah atau mengehadkan terma–terma Lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya;
  7. menerima tanpa rizab, bahawa had-had di atas dipakai secara samarata kepada Karya tersebut dan/atau Karya Terbitan seperti yang digabungkan di dalam Karya Kolektif tetapi ini tidak menghendaki Karya Kolektif tersebut selain daripada Karya Terbitan tersebut tertakluk kepada terma-terma lesen ini;
  8. mesti mengekalkan semua notis-notis hakcipta untuk Karya tersebut dalam penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan dan membekalkan, secara berpatutan dengan medium atau kaedah-kaedah yang Anda gunakan:
    1. jika dibekalkan, nama Pencipta Asal (atau nama samaran, jika dipakai) dan/atau nama pihak yang ditetapkan untuk pengiktirafan oleh Pencipta Asal dan/atau Pemberi Lesen di dalam lesen hakcipta Pemberi Lesen, terma-terma perkhidmatan ataupun dengan cara berpatutan yang lain;
    2. tajuk Karya tersebut jika boleh didapatkan;
    3. sejauh mana berpatutan untuk dilakukan, PSS tersebut, jika ada, yang dinyatakan oleh Pemberi Lesen untuk dihubungkan dengan Karya tersebut, kecuali jika PSS tersebut tidak merujuk kepada notis hakcipta atau maklumat perlesenan untuk Karya tersebut;
    4. satu pengakuan yang mengenalpasti penggunaan Karya tersebut dalam Karya Terbitan (sebagai contoh, “Terjemahan Bahasa Melayu Karya oleh Pencipta Asal”, atau “Lakon Layar berdasarkan Karya asal oleh Pencipta Asal”) atau Karya Kolektif untuk dilaksanakan dalam sebarang cara yang berpatutan. Pengakuan seperti ini, yang berkenaan dengan Karya Terbitan atau Karya Kolektif, mesti, pada tahap miminum, muncul di mana lain-lain pengakuan penciptaan yang sebanding muncul dan dalam cara penonjolan yang sekurang-kurangnya sama dengan lain-lain pengakuan penciptaan yang sebanding.
    KECUALI jika Anda mencipta Karya Kolektif atau Karya Terbitan, Pemberi Lesen berhak meminta Anda menyingkirkan daripada Karya Kolektif atau Karya Terbitan, sebarang pengakuan seperti yang perlu diperuntukkan seperti di atas dan Anda mesti menyingkirkannya, sejauh mana boleh dilakukan.
4.1 Hak-hak Moral Pencipta Asal. Anda tidak dibenarkan, tanpa persetujuan Pencipta Asal, atau selepas kematian Pencipta Asal, wakilnya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:-
  1. penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa mengenal pasti Pencipta Asal atau dibawah suatu nama selain daripada Pencipta Asal karya itu; dan
  2. perosakan, pencatatan atau pengubahsuaian yang lain akan karya itu jika perosakan, pencatatan atau pengubahsuian itu:-
    1. mengubah dengan jelas karya itu; dan
    2. sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.
4.2 Hak-hak kepada royaltiUntuk mengelakkan keraguan, dimana Karya tersebut adalah karya muzik atau rakaman bunyi, Pemberi Lesen mengetepikan hak ekslusif untuk memungut secara individu atau melalui Perbadanan Perlesenan atau agen Pemberi Lesen, royalti-royalti berkenaan dengan penggunaan Hak-hak Yang Dilesenkan tersebut oleh Anda.


4.3 Lesen selanjutnya daripada Pemberi Lesen kepada pihak ketiga yang berkenaan. Setiap kali Anda menggunakan Hak-hak Yang Dilesenkan berkenaan dengan Karya tersebut, Karya Terbitan tersebut atau Karya Kolektif, Pemberi Lesen menawarkan satu lesen terhadap Karya tersebut kepada penerima di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang sama seperti Lesen ini.


4.4 Perizaban hak-hak untuk pelepasan di bawah terma-terma lesen yang berlainan atau untuk memberhentikan pengedaran Karya tersebut. Tidak kira apa-apa yang dinyatakan di sini, Pemberi Lesen merizabkan hak untuk melepaskan Karya tersebut di bawah terma-terma lesen yang berlainan atau berhenti mengedarkan Karya tersebut pada bila-bila masa. Pemilihan seperti ini tidak akan mengakibatkan penarikan Lesen ini (atau mana-mana lesen lain yang telah, atau perlu, diberikan di bawah terma-terma Lesen ini) dan Lesen ini akan berterusan dengan seluruh kuasa dan kesan kecuali ditamatkan menurut peruntukan-peruntukan Lesen ini.


4.5 Hak-hak yang tidak diberikan adalah dirizabkan. Semua hak-hak yang tidak diberikan secara nyata kepada Anda di bawah Lesen ini adalah dirizabkan.


5. Representasi-representasi, Waranti-waranti dan Penolakan
Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, Pemberi Lesen menawarkan Karya tersebut dalam keadaan sedia ada dan tidak membuat sebarang representasi-representasi, janji-janji atau waranti-waranti mengenai Karya tersebut, sama ada secara nyata, tersirat, statutori atau dalam apa-apa cara. Peruntukan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.


6. Pengecualian Liabiliti
Tertakluk kepada sebarang liabiliti yang tidak dapat dikecualikan atau dibataskan oleh undang-undang, Pemberi Lesen mengecualikan kesemua liabiliti dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kecederaan terhadap Anda yang ditimbulkan melalui sebarang cara dari Lesen ini atau pelaksanaan Hak-hak Yang Dilesenkan atau dalam apa jua cara, meskipun Pemberi Lesen menyedari atau telah dinasihati tentang kehilangan, kerugian atau kecederaan tersebut atau kemungkinan atau kebarangkalian kejadiannya. Peruntukan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.


7. Penamatan


7.1 Lesen ini dan Hak-hak Yang Dilesenkan akan ditamatkan secara otomatik oleh sebarang perlanggaran terma-terma Lesen ini oleh Anda.


7.2 Penamatan ini tidak akan memusnahkan atau mengurangkan kuasa atau kesan ikatan sebarang peruntukan dalam Lesen ini yang secara nyata atau tersirat akan terus kekal atau terus berkesan dan berkuasa setelah penamatan tersebut. Seksyen 1, 2, 4.3, 4.4, 5, 6, 7 dan 8 akan terus kekal setelah sebarang penamatan Lesen ini.


7.3 Lesen-lesen dari orang yang menerima Karya Terbitan atau Karya Kolektif daripada Anda di bawah Lesen ini tidak akan ditamatkan selagi orang tersebut kekal mematuhi lesen-lesen mereka.


8. Am


8.1 Pengasingan. Jika sebarang peruntukan Lesen ini dilarang atau diperintahkan oleh sebuah mahkamah sebagai tidak sah, terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan, sejauh mana yang diperlukan dan yang mungkin, diasingkan dan dijadikan tidak berkuatkuasa tanpa mengubahsuai peruntukan-peruntukan Lesen ini yang lain dan ini tidak akan dalam apa jua cara menjejaskan sebarang hal-hal keadaan yang lain atau keesahan atau penguatkuasaan Lesen ini.


8.2 Tidak ada penepian. Tidak ada peruntukan di bawah Lesen ini yang dianggap diketepikan dan tidak ada perlanggaran yang dipersetujui kecuali jika penepian secara bertulis atau persetujuan telah ditandatangani oleh pihak yang berhak untuk memberikan penepian atau persetujuan tersebut.


8.3 Keseluruhan perjanjian. Lesen ini merupakan keseluruhan perjanjian di antara Anda dan Pemberi Lesen. Tidak terdapat persefahaman, perjanjian atau representasi berkenaan Karya tersebut dan Hak-hak Yang Dilesenkan yang tidak dinyatakan di sini. Pemberi Lesen tidak terikat oleh sebarang peruntukan-peruntukan tambahan yang mungkin timbul dalam sebarang komunikasi dalam sebarang bentuk.
8
.4 Tidak ada perubahan. Lesen ini tidak boleh diubahsuaikan atau ditukar tanpa persetujuan bertulis bersama antara Pemberi Lesen dan Anda.


8.5 Undang-undang taklukan. Lesen ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan pihak-pihak menyerah secara muktamad kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.


Creative Commons bukan pihak kepada Lesen ini, dan tidak membuat sebarang waranti berkaitan dengan Karya tersebut. Creative Commons tidak akan bertanggungjawab kepada Anda atau mana-mana pihak lain atas sebarang teori undang-undang untuk sebarang kerugian, termasuk tanpa batasan, sebarang kerugian am, khas, secara sampingan atau secara akibat yang ditimbulkan berhubungan Lesen ini. Tidak kira kedua-dua pernyataan sebelum ini, jika Creative Commons telah secara nyata mengenalpasti dirinya sebagai Pemberi Lesen seperti di dalam ini, ia akan mempunyai kesemua hak-hak dan kewajipan-kewajipan seorang pemberi lesen.Kecuali untuk tujuan terhad sebagai petunjuk kepada awam bahawa Karya tersebut adalah dilesenkan di bawah LACC, kedua-duanya tidak akan menggunakan cap dagang “Creative Commons” atau mana-mana cap dagang atau logo yang berkaitan dengan Creative Commons tanpa mendapatkan kebenaran bertulis sebelumnya daripada Creative Commons. Sebarang penggunaan yang dibenarkan mesti mematuhi garis panduan cap dagang Creative Commons yang terbaru pada masa itu, seperti yang diterbitkan pada halaman web atau dalam cara lain yang disediakan atas permintaan dari semasa ke semasa.
Creative Commons boleh dihubungi melalui http://creativecommons.org/.