Ahad, 30 Mac 2014

ISU-ISU SEMASA TENTANG PENGGUNAAN KOMPUTER

KOMPUTER DAN ISU-ISU BERKAITAN
(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed)


Dunia masa kini telah didorong oleh perubahan-perubahan yang digerakkan oleh teknologi dan ledakan maklumat. Perkembangan tersebut telah mengubah dunia menjadi sebuah tempat tanpa sempadan atau kampung sejagat iaitu perkembangan yang berlaku di tempat lain akan segera memberi impak kepada kita semua (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin,  1993).   Menurut Darr  dan  Goodman  (dalam   Irwin,  2000),  penciptaan dan perkembangan  komputer  akan memberi  kesan perubahan sekurang-kurangnya  kepada tiga perkara iaitu tingkah laku interpersonal, komunikasi, dan pendidikan.

Malaysia juga sedang menuju ke arah pembangunan dan perubahan yang pesat. Hala tuju negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 memerlukan tenaga manusia  yang terlatih  dalam  pelbagai bidang. Dalam  bidang teknologi  umpamanya, keperluan akan berteraskan kepada kuasa suria, angin, nuklear, bioteknologi, komputer, elektronik, robotik dan komunikasi yang tidak terhad. Walaupun perkembangan tersebut seharusnya menyaksikan penggunaan komputer dalam pendidikan semakin menyerlah, namun  pelaksanaan  program  berasaskan teknologi  maklumat  khususnya  di  sekolah- sekolah didakwa lembap dan dianggap masih jauh ketinggalan.

Komputer berasal  dari  bahasa Latin  computare iaitu  yang  membawa makna menghitung. Komputer pada dasarnya  ialah sebuah mesin yang dapat menyimpan dan mengolah atau memproses  data.   Komputer tidak boleh berfikir atau membuat taakulan tetapi  boleh melaksanakan tugasan  berdasarkan  arahan  yang  diberikan  kepadanya (Fuori dan  Gioia, 1993).  Komputer menurut Ahmad, Corbett, Roger, dan  Sussex (dalam Tuzcuoglu, 2001)  ialah alat  yang tidak mampu bertindak sendiri.  Tindak balas komputer bergantung kepada arahan yang diberikan oleh manusia sebagai pengguna.

Menurut  Norhaizat  Mat  Baki dan  Irene  Pang  (2002),  komputer  ialah mesin berteknologi   tinggi  yang  digunakan  untuk  menyimpan  dan  memproses   maklumat. Noresah   Baharom,   et  al.  (1994)   mendefinisikan  komputer   sebagai  alat   atau  sistem elektronik yang dapat memudahkan penyimpanan maklumat yang banyak dan kompleks serta   membolehkan maklumat  tersebut  dianalisis dan  dicapai  dengan  cepat  apabila diperlukan. Sementara  komputer  menurut Othman  Shariff  (2001)  ialah peralatan yang melakukan tiga  perkara  iaitu  menerima arahan  input,   memproses   maklumat,  dan mengeluarkan output.

Shelly,  Cashman,   Gunter,   dan  Gunter   (2002)  pula  mendefinisikan  komputer sebagai sebuah mesin eletronik yang beroperasi di bawah kawalan arahan-arahan yang disimpan di dalam ingatannya. Mesin tersebut boleh menerima data, memanipulasi data mengikut peraturan-peraturan yang tertentu, menghasilkan keputusan, dan menyimpan keputusan tersebut untuk kegunaan pada  masa yang akan  datang.  Definisi  tersebut telah mengaitkan komputer sebagai alat eletronik untuk input, proses, output, dan storan data.

Ken Neo dan  Neo Mai  (2000) pula telah mengaitkan definisi komputer  dengan kerja-kerja   yang  dilakukan  oleh manusia.  Menurut  mereka,   komputer   ialah  mesin eletronik   yang  kompleks yang  memproses   data.   Komputer  membolehkan pengguna melakukan kerja-kerja  yang terlalu membebankan, membosankan, dan kompleks untuk ditangani.  Komputer membantu melakukan tugas-tugas  yang kompleks dengan pantas dan cepat.

Menurut  Tuzcuoglu (2001)  komputer  ialah  alat  interaktif  dan  telah  menjadi sebahagian kehidupan harian  manusia. Komputer digunakan  di kebanyakan pejabat, bank,  atau   kilang  untuk  pelbagai  tujuan  seperti   penyimpanan  rekod,   pengurusan
pejabat,   perbankan,   pengawalan   trafik,   pemprosesan   perkataan,   dan  permainan. Peningkatan  mendadak  penggunaan  teknologi  komputer  telah  mengubah  kehidupan jutaan manusia serta organisasi sosial di mana mereka bekerja.

Komputer juga dikaitkan teknologi maklumat. Menurut Martin  (1994), teknologi maklumat  terdiri  dari  semua bentuk teknologi   yang  terlibat  dalam  pengumpulan, manipulasi,  komunikasi, persembahan,  dan  menggunakan data  termasuk data  yang telah ditransformasikan kepada maklumat. Teknologi maklumat juga dikatakan sebagai satu   alat   yang  dapat  membantu  manusia  untuk  bekerja   dengan  maklumat  dan melakukan tugasan  yang  berkaitan  dengan memproses   maklumat  (Haag   dan Keen,
1996).

Sean   (dalam   Mcleod,  1998)    pula  menyatakan   bahawa  teknologi   maklumat mengandungi tiga komponen yang tidak boleh terpisah iaitu komputer,  komunikasi, dan tahu-guna. Gabungan tersebut mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk menjadi lebih produktif, efektif, dan berjaya. Komputer dan rangkaian  komputer tidak berguna jika tidak tahu  digunakan. Mengetahui bila hendak menggunakan komputer sama  penting  dengan  mengetahui  bagaimana  hendak  menggunakannya.  Juga  tidak kurang penting ialah kebolehan berkomunikasi  melalui komputer  iaitu menghubungkan manusia melalui teknologi maklumat.

Huraian  tersebut memperlihatkan pula perluasan  istilah teknologi  maklumat kepada  kepada  teknologi   maklumat  dan  komunikasi (ICT).   Menurut  Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] (2001),  ICT  ialah sistem  yang  membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan  dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Dalam  konteks   pendidikan,  ICT   bermaksud   penggunaan  teknologi   maklumat  dan komunikasi   yang   menyokong  proses    teras    dalam  pengurusan  dan   pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, serta pendidikan sepanjang hayat.

Fenomena kebimbangan terhadap komputer  dan penggunaan komputer  dikenali sebagai  technophobia   yang  bermaksud   keengganan  menerap  teknologi,   khususnya komputer   (Daniel,   1999).   Rosen  dan   Weil  (dalam   Orr,   2002)  telah  mengklasifikasi technophobia  kepada tiga tahap  iaitu  (a) anxious  technophobe  iaitu memperlihatkan tanda-tanda  klasik reaksi  kebimbangan apabila  menggunakan teknologi  seperti  tapak tangan berpeluh,  degupan jantung kencang, atau  sakit kepala (b)  cognitive technophobe iaitu secara luaran kelihatan bersahaja dan relaks tetapi dalaman penuh dengan sikap negatif,  dan  (c)   uncomfortable   user   iaitu  memperlihatkan sedikit   keresahan   atau memberi  pernyataan  negatif yang sedikit.  Secara  amnya,  kebimbangan tahap  ketiga tidak memerlukan kauseling personal.

*Esei ini merupakan sebahagian daripada tesis MSc. (Education Management)

penulis di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman.

Selasa, 11 Mac 2014

INTERAKSI 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

Kandungan
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
  • Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
  • Membina bahan.


Pengenalan
  • Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
  • Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.



Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
        i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
       ii. Pengaliran maklumat dua hala
      iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali             dan lupaan.
      iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.


Ingatan Jangka Pendek (Short Term Memory)
       i. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka                 pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
      ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu               mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
     iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu,          ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.


Ingatan Jangka Panjang (Long Term Memory)
      i. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat                     dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
     ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan         dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku                 pada hari pertama sekolah.
    iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. 


Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzDKP3HzH5Mz-rUV1gVE8FIdcNqLjoFR8YvvD6F7wuL69byC8K7liEQOZpyXyI59Gphyphenhyphens7McI5mu11uJp51-Cjbh8LmaIINa5NJxYyifHwZ1Gsw_1nMnHJaGKACRhegorOHpJbqLgrRa0/s1600/epencari1.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid9k7hrM8qaADb5-ctVSGtn2Gvx2hrotVDlO3_PRHJWiAPNdpVsKkWbOSPtgXxWPyJzpPrVW3KaTb9ZUVj_t5EkzOlDe7MY9SQ1NvAPdVh8lR_IEk86C_fVSa0n2LF7CLOlVLv6jYcJiY/s1600/epencari2.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXyNVb7JxbuhZvo2yCWuwBKvzMm4t6DIzwQqpFLLYDE1SE3qA9iO8Yx3NikSxB_ZuvbWbbymklu1UVLwouheBu87pRNpN-xnrP6fKDY1YtQqOB-JIXpJkcVXbVNDy97_kbA32L3VXin60/s1600/B..JPG


7.2 Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.

Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran  haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembalajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya
untuk P&P yang seterusnya.

Contoh-contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOK5YTdsxlsZhPJKMo1d3YxWI3ULxYH-fxNzSURPOm0U_xBzxoyec4mD7sh1NxxtjTLYQ4XuU8Skg-Xhxs5J-ucGeYg6YT1ca3rf6fQspO5_j_rn8uLvPGcJiTdOMgcwL0-KRM2wdm1z0/s1600/epencari3.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQbHDD4OsU5F6jbXFtEQ5qCe-uABpnNGSDBdpINitsMIT_xd3XOFX7S9f0eEqLMZpwu8SveASxuT-FSPbTkDLcIUOd6x-wUSJnD60wFeUfd4SkaDBYFYwmY25zxt73HNQ6zn6HT6LKmm8/s1600/epencari4.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxTZO7j7UIBfuaIEsx7e6Wj5U2h-WD69MrV2_dhy_HD9EBQUZq4huRpNnfVUu9AtZ_94M97KNnpIM81RTp29tY8k0XnHnJ2De241_ymH0bXNRtmT19IxjtDWaUK_WEMTRKuSZFGlgiHEE/s1600/C..JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF7TecZqCWXaV1dy36N-o0cjsv_Uhrus3mldvrn0zsrIiF3484YWFxcmekLTm3Hjhgj-kamOSHCFXkf_1f3-8UnSzi57hDeTI6mMEcVYkBZ4D0FWkpmzAoAanf6B8YB2CN9ZLUkw2jSqQ/s1600/D..JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPbLzGq-RQ_vgH2NWM-cKoE4pe27XZWvcfUiEFEAzNDWd-h3_uCoAgFY_jULcY0hCU-bXz64IaSVe8vbG1bnhABsLf9w16ZrSx46_8LFKj5WCY4GrmxSG7i6xVGPDOIfWrHY4lAVrbzws/s1600/E..JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBhaNhmtVmXRMZ6NGAQH1rG0h7J-yni_TpBJ08W6_WRjFrMdalbe4LLQyhd0M_YJs1tOMcG5tDNwnla1mZgQXJQcgRimJiEaDnCERHvSDHGWuqluobWZ7XqKz1gtkHP-s-JjDCU2lI9NI/s1600/F..JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9xm16dAa8bOV750Bz4K9IkIuPkoJ6gwJTaqgm4Y250Q0ypzXOo3uzfDJ_dfcP5Zn-jEpJMD3v-MNeHWnhz_dFLuCI0QZQ6pLRm6_pj8OZ8l9bENJbUy33ciztXQ7fu0gxdVotrvZfPjI/s1600/G..JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGYeAyOEpaWmQxyWaMye-6mj4lG4xBz2Zbvex99aesGQwrH4Bs6ScNTu5nUSMtyuGy71Iho2mf-xMrPQIJujN78p-hrx4vYJvmEpbtBnoLy11UaHIAVxdk9riH675Okt_AmCya7GBvvbk/s1600/H..JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOfJ2AicRYdWHiXHJEK1lsDZm4P4re5YVxWKWRLNdyuwRaB7TK7vOqBcF_ciLTGtcbckrkh9KCSYUH_1Cbk_FErzeHMTAke6oYe_yOfaDAILchAJRaYwzot9JR6HO48Z-BzZFL86gk_SM/s1600/I..JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhytIA444N7PVbGlJASTD0Y-EI2JsRJHuTDiZee1G7at-Xz8OqY6Y1G4HneBcqazeAxXhDctqE75TKk8OcsJngW2-PsWRMpwiw-qZhvaRVVJwIqaCgT0_IyEAIPrjvBpBEW5SgDWkE5nss/s1600/K..JPG









INTERAKSI 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR DAN PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Struktur hierarki

  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjg_XXNDZ6m-ngnB7Kbt8QjB9gDd9iVCJf84ntdlTt8YFHTpq5ow0QfVFa-hJ2u-52KOQ0rraMhBFXN5trNDyf74Sb7-qsABy6YOQJfOU5aup41_hSS6qI1gmEadcY_7NsYUOobxsTl78wB/s1600/26.PNG

Struktur komposit
  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG_iP58Ej0Lcgkkk_rslLP1hNl74BCapWdcRbj5wz4fDOjma1gKIV9MfbLW9hf3NfvKkxNa9L4Clv8n8Pgqo7M21Vnnapv-FwwO1tw1HQ8UkgTfvZ7BjGQ9JJx9oxIC2OCTgOSC8XnaJ4S/s1600/27.PNG

Struktur linear
  •  Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah             perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_DsRarbJXdmqdtSGLaIvGEwVdfpsE8RgZLAAi02RMHB1bGhoGxZXH0-S3Dy8iZOY1GNNmrxwcPi_VQDLY10Fz6l8_a2GjdFQhgD88IBTLwkbPZgdmiYzayYO2ccMKs0oxnHT7ZywvPNjD/s320/28.PNG

Struktur rangkaian
  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  • Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
  • Struktur perpautan juga banyak digunakan secara meluas di dalam laman web.
  • Contohnya, laman sesawang Wikipedia, blog


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKG7c0rNTRmwySiCOLesgNh6yzaDe2bN0hyphenhyphenQnG1U66SetRYlnYVP50mwZ3N7r4Btdzhv2CtA9snPG92MqPtbGU2fimN7KG6sgdiHGh_D4SUEB193WgOQJDKOUronvxz6ub3s7Pl-qDTCYo/s320/29.PNG


CONTOH PENGGUNAAN STRUKTUR PERPAUTAN DI DALAM WEB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiFXV4yGS4wXEQG2SDVkG4WBn7-VDEuZL1Ko9pHVFuQAmPO85ZkAwTtXil1oITd6EKtUYL4e1nr9iQzdXfsHwulIMLXLv0IfPu0XODczUtg1O88KxZAYelkGSjlLEzjIcpPi1aN7zHpXyY/s320/30.PNG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibQMZjEk2DoL1Cu1IhIW977P3eleHb9FK-HwXcv04lnCvkkS45As2JKGxJJ39TsHyMZKextqHZqgP_43av2mAchDstB2wZOaVmM3OJEaH8Qs5G0tsfiiHIDjA_uFvxmVH_LZPORPjelD8/s1600/10.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbHet4gQRFLKNBiPY-7s4DN3jP-0y20lkTAoWya1n-MpDwBkeeFbxzBnO5s6Ez8QyQlAmLa-SnIYT-iKeq96TYgYLoaj204YtXfR7j6DXNxjqBkRlc24JQILoCKWIXTfl3Q53tTRH3dy8/s1600/11.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7kTniOV6yqoJ_j7HSVxw-1PauZkzzKjvJpeV7gw4_n3AfIsMCO7mhTess2jzG8WPIGS3-eqevd-CVfhZXCX2u2LFh78IKBhxKChzRkQkOBNPXTcxYvIDjfeId3iCswwzvfVcU0XeNW-I/s1600/12.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs2zhJ2A0fhtC2VPz73UKx1fnLccxj7uVTHYZDrtxsiaC8g-CDFxdv31UwkEGsoiPTP_60s2khB0c8LkJBTeahjSRJUppnc3vkrrTsZwY0_7a2uUr0qCCWLROnl1phHvmGaF12Ex5yUzM/s1600/13.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq6VOUMoiUrBPpiBqKRk6D1FlNbGiMQLiVEgrJ0oNaafa3dpkaMMOZDXxU21hNDNwBVKHXGqlA2ENbl894ZR_lhsox7YM7kx_z9ZlGIJhXx5CfywLyhoCMcDVdelOsTPDD-S9RLctNcns/s1600/14.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhie4FQIX5SHTdssdZsOL03esPUGg1GIJp_an3nVLVYswp01939gpZNQOhWMMS90w4Lcu_812HGYglwLNOKrDebri2Zmmuka2bz0pPe2_FnXGd4oc6ckVeZCx1SdLBhoRhyphenhyphenoXdNZlJHuj4/s1600/15.1.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsPF2mMl2D37SiMWlzqvKxweQE53t-Lsny1ZVfMQe4p5rEXatpKf0mcNIOCmFfeOLDVaOSCPMr2TwTsVr-0kciZs4UtdTqE1buH7jprWXlPUkXuYuSCWqJlwLfXOXNAhKkiAdwvGaEK_U/s1600/15.2.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaST8wWad9j1iteAD703ubGkrb1Y4W-W7H_K53bOcQAvRqomhLGSfjkiyJhW0de82ioOZkG_VYKi53IHDcdl8qTGf7HXgGvg2ncYVVwmkT1wQipf0xWO9pw1-cf598c85YF3gmg1rkMkM/s1600/15.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6r4g2vYZ0U798dr-4g2MOhMIfAQdAH8rfrwggaqXONZ-nGuEgg-aCourQg6xj6eHkjcgcRsFFfB74oLtDbzR8Z0L7ujBPBHMpupIgUkNXbUUmnvH-eHCu8lpzMdu5j0S7eJUDitB5P0M/s1600/16.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6V5XfNV60JrpL5jPmGsn_3HU-XAoGtLctwLR_dCuC6Nw3aVOHaDRLQiUgGv_lm4nNDLIFyxxIx4CNT2jApknOqW6FZGFvlkfEpho8gdrz6zMboPVyK8M0UdwYj-WJIPFKBdJajaNhA30/s1600/17.JPG

INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB)


MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



PENGENALAN 

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.

KEPENTINGAN MEMBINA LAMAN WEB

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:

i. Memaparkan idea
         • Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.

ii. Meningkatkan kebolehan diri
         • Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet

iii. Komunikasi maya
         • Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan              perbincangan bersama

iv. Berkongsi maklumat
         • Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna
                   1.      Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa                                     Melayu
                   2.      Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa                             Melayu
                   3.      Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu



Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

LANGKAH 1 :

§  Mendapatkan tapak atau web untuk membina laman.
§  Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau         inginkan.
§  Antaranya ialah:

                Ø  GeoCities
                Ø  Tripod
                Ø  Angelfire Communication
                Ø  StarText Free Personal Homepages
                Ø  Giant List-O-Free Homepages

§  Contoh tapak laman web :
§  Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzmctbpn-PvJuP30iaVPet3wsKNOlAUnyHOAuPSX-DmLxOO-8tSw3HxTdVaHD3IIvjkvO0q9tTcF6Q6YgyinIqSrB-qSHY-NeLmsPSpPNAXFvKE4LLd-aKVUIskbNjWpQnYcLZR8R7mEA/s1600/a.jpg


LANGKAH 2 :

§  Isikan semua butiran yang diperlukan.
§  Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAeq92lZ6gHR-a0z080A6Kpd4S4RhPhUAO1PPhzJ66M2dKOYEx2qObB1goII7EWbsRCDAPDjkytSkV-9R5TK0AbD9RAxW74Kja0ZZ-op9-sRPea5tVEbcm4qa1P3dKbcD4IAm3NgxwipE/s1600/b.jpg


LANGKAH 3 :

§  Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoH2euEei0g3KIwRa6Z7WULOjqXHx67CTGGZ-M6awI4V_SRkHQgCBGsFh0-ADH3_Gq0IGs3S_00EVfMCR4a8FpGE9vcg8r7C1rCpU6cDUrQS5fxx-x2EMB1sFyCbr-jLAgCeDNpm78w0E/s1600/c.jpg



LANGKAH 4 :

§  Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah.
§  Klik File Manager.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKoZoAg1AoIiSol4zQ27EYjYFUmnQAUiasS5E5Ycizc2bEt2kBO-PFgloGFUB8dzs7TPiOIdz0HyhsgKpBMjoZc3agAEPorzpHYcI_mWuSH0ylHbKntnyj75hMNF8hgf1pNnYc4mH0RQo/s1600/d.jpg



LANGKAH 5 :

§  Apabila anda klik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan       di bawah.
§  Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPhdIEbrvBbuQlg17jJOV6u1xYBnSi7TFfF_H1vZSGAys6_LnVDVSi5E8wvLhzylSDe_FZQhTUzImZNOK5JPO0YB06-MEE0TvY05d6-IEM0fI2w7jdaLBYZUArPaIlV0nwq-u6Miq3HmQ/s1600/e.jpg



LANGKAH 6 :

§  Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen "Upload" seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas.
§  Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn_ftwqregGsleJfwtnRePwuTNSglqiqJTwXvGgbTMr9l7xcm_PMLKY7uhIwyVYbOiyPn6TvinE6UWZu3GmqF-NnK733Ku7adGzt-NerqBNSyXnmUKHYlFQaEZ8pqv38UOzdymLe0oXRo/s1600/f.jpg
   

LANGKAH 7 :
§  Klik pada single files (8).
§  Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2D2iIrXtTy6t1iOPW78xMRyZkNtr1hw69sRrpjmv9GODo0NGZFYXtG6ojMr2Q8Y3WL1oRO_VQOsW8mraUykbXsuOstTfvhLPeL3kMpWK8Bi4RE0uatdYXRv-mauT6tkC9EYILT0oZLn4/s1600/g.jpg



LANGKAH 8 :

§  Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di       atas.
§  Klik pada butang Browse.
§  Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**.
§  Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite.
§  Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsLLTdalUrcMEj1cjDFY8yCAy0vrNxMT43QcvGImj-4F11F1Pn22UbuyBTJRqvLZ7hITYhYI3uQFAkTcQCRC_DPwsO_P5mfzpUVJSINp3WbT0qefjZiMEYJBWCdsXqDO0tgfF3jocTXu4/s1600/h.jpg



LANGKAH 9 :

§  Klik pada index dan klik open.
§  Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj96nG4yiIda_MjMg0Rtbc9DMoomrNiRI7lAFF9dVOrAj0VNUzc-UTfbSmyJNQfs9zbr3MpfMen67eieZ4sChfoom1TdiV_TulhQksArjp2iV_QCIoS5h3BRNPJWlDRUeP9_LxHZZbXC24/s1600/i.jpg



LANGKAH 10 :  
§  Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin computer.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0O6gt7BNsjkjZQKajL24CkUtN2SlTcYILascZ8PnTRvwdRXqMJ9-KvknhbV_UClTu1sc73sJl5s4nuYE5jvfgiqQrs4YVqRclz3knZR3d6o7VB2HqV6gj4okXElBLN9Gmt6rYzGES6vs/s1600/j.jpg


§  Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close.
§  Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4kR-bXvpXsonIRB7Cx-8r75r41XxniWfFYsajdize1i4QsFIGV41s5KvWVfj9kaTKCtbyyPuzCPAnMrVgCYoOsju9lFviKRPDtTNr-aSXheoWyucooButzFFjSs7kdYSqPQikfs8nUz8/s1600/k.jpg



LANGKAH 11 :

§  Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager.
§  Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah                   diberikan nama index.
§  Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut                     merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak     kecil yang terletak di sebelah index.htm.
§  Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY3J6brjbfJh7TkysCYSOGjthOdDiDt8hH64v45HFYRfIjVwdHlEAlULVfC0i5ScZ-fsnFp1dqhXkH3WrHqRj6OF0H_fnD20_Se1QBVZdm5e5SQPVmjTSgNgUTrPxqSmrE56Pndy8ye4w/s1600/l.jpg



LANGKAH 12 :

§  Sila klik Save dan kemudian klik Done.
§  Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLpcfNTZJInZSthG1-T3JPnLOuKi3yJLV4s9J3ikcAiR78r-mKHa0yQTVsXVuBffdC7aJOEnxrqeg2mCKr5fBSZ9FTvqktZkrMPVsrTSbyIAXwNd61P5kUCbpwVkKEQKbbUZitsH4kxuQ/s1600/m.jpg




INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR)


 Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqrLCR4zyU_VC2BqYTkPBuHN2Si8ZSf9aMxzeECeUIMddlr0bZ1QxWXrTpoZdiuGWtWD_FfLVOYkpsGwgVFeNkJSNy45Jj5SzHjknTl_8d4d6DvD1fCs4FqQvkxtG_4Ujwuu_elLOqBXY/s1600/7.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlgJtnkGCtuuykTh_wbZlqqhY4ji8ORGc85IvVtIA-Q3J26Lk7Zgqnmy7yIypnQj3eKe9YSGZVPT92IO06YHei0ziGR32h734Oo97Yi0AIlQjLrOv2Az_WT5BdS1wx5NRUFB59CcI5TLo/s1600/1.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdHEoQbxbzrQE3i_v13WUaxO06TGj25UXMR56itKthsf42i_WVc1ITQw448s4iKiuQPMWiC0s3Kp6PxMlIr1Gbx5D5KXxI_p_YaFv6X-Xf1Dh2bi65ccYysIvdSKTUxkcHfX6aUvUgXZo/s1600/2.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQbmJIWC0jqfvA0qfucpL3DumqGLrYAlJKJHumNR362Eyar_qIQgVgQdfAAWH9hBZTd6mnVqqar2wwAAe6aPVoqdD0jJDQ_BY_zxp_LSGJb_qvIdTyW-ukrNoDmdKoSK_2jv157iDrM6w/s1600/3.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikmOvLEOBMMQis99QjQEH9EBvinytSwf0y7ttW5UsxkzAD2ntZ6TM7fd58AsiQ_QvHalorrsNYUccYlxhbv4RAjiRh_iD6lTBx8FEyiGLCXGbK3SUG6pgKbp7UDwUgUu6x2-UcuRL3peo/s1600/4.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjt6TtsqZPYqWBj0WCJTKEU1fm2EHtlDea8w3DvssWSdc-m2jNphvSXU016kX2IC7Er9p7dUJ36ax3miTQUB-YSPHBobyb-BsELyIssTK9bMbe9lduPzj2nUpE8fnUfln4CPWnhCgdib3M/s1600/5.png



Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhVOA846dhiQtyxV5GbmnfCsk8Kxd9NpX3cd3VEKRq0CvttSlkW9wGbzCRIvTquEOoaW7gP1y7tLOS4ghtXh9edW2orWGgDfcs2hVzVom5Hlz309TScbQ5sIiTsvaWdCNyCC82qvgE_Yw/s1600/6.png


Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.



Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqrLCR4zyU_VC2BqYTkPBuHN2Si8ZSf9aMxzeECeUIMddlr0bZ1QxWXrTpoZdiuGWtWD_FfLVOYkpsGwgVFeNkJSNy45Jj5SzHjknTl_8d4d6DvD1fCs4FqQvkxtG_4Ujwuu_elLOqBXY/s1600/7.png



 1. Reka bentuk paparan skrin haruslah yang menarik, mudah difahami.

 2. Grafik  Susun atur paparan skrin:
                      (i) Seimbang : kedudukan teks
                      (ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
                      (iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

3. Font atau muka taip
                      • Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
                      • Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
                      • Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
                      • Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
                                  - Ketebalan
                                  - Italic
                                  - Bergaris
                                  - Warna dan saiz fon berlainan.
                                  - Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.

4. Ikon

                   - Reka bentuk yang sesuai dengan topik
                   ·Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)


5. Pautan Hypertext     
                  • Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
                  • Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear                     iaitu tidak ikut urutan

6. Format gambar
                  • Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan                            format seperti:
                              - JPEG (* .jpeg)
                              - GIF (* .gif)
                  • Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas                       dimuat turun.
                  • Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

7. Format fail gambar
                  - Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

8. Animasi     
                 • Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga                            kelihatan sperti satu gerakan.
                • Animasi multimedia lebih kompleks
                • Hanya digunakan pada paparan yang sesuai

                • Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.