KEMAHIRAN MEMBACA
Definisi Membaca
(i) Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol
grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan
daya mental.
(ii) Membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan
kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada
bentuk tulisan berkenaan.
(iii) Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang
dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami
makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
(iv) Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola
bahasa daripada bentuknya yang bertulis.
(v) Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan
huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan
tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.
Tujuan Membaca
1) SERTA MERTA
2) LANJUTAN
Tujuan Membaca Serta Merta
Tujuan serta-merta
adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu bahan yang
digunakan.
Apabila
seseorang murid dikatakan ‘boleh membaca’, maka kenyataan itu bermaksud
murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh
membaca dengan serta- merta dan tidak mengambil masa yang
panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan.
Selain itu, ‘boleh
membaca’ juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada
bantuan guru.
Tujuan serta-merta
juga mempunyai tujuan- tujuan yang lain, antaranya:
untuk membolehkan
murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul.
Untuk membolehkan
murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan.
Untuk mewujudkan
sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang
dibaca.
Untuk menimbulkan
minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan
menambah pengetahuan.
Tujuan Membaca Lanjutan
ü Tujuan lanjut
bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran
dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri.
ü Murid seharusnya
dapat berfikir dan
melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka
boleh membaca maka dapatlah mereka
menambah satu lagi
alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri
dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.
ü Tujuan lanjut
bermatlamat;
• Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung
muridan.
• Merapatkan lagi
diri dengan masyarakat
dan memudahkan mereka untuk
mengikuti perkembangan alam dan manusia.
• Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang
salah. Menjadikan bahanbahan
perbandingan dengan orang lain.
• Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu
dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
3) Tujuan membaca
juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran
membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau
matlamat yang berikut;
(i) Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan
bunyi huruf.
(ii) Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan
intonasi yang betul.
(iii) Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis
sebagaimana dalam bahan
bacaan yang dibacanya.
(iv) Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di
samping dapat memahami isi
yang dibaca dengan pantas juga.
(v) Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat
dan tepat dan menyatakan
semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh
difahami dengan mudah.
(vi) Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan
dan ayat-ayat dengan
cepat, jelas dan tepat.
(vii) Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud
yang dibaca.
(viii) Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan
maknanya dalam konteks yang
berbeza.
Proses Membaca
MENGECAM,
MEMILIH, MAKNA …
HUBUNGKAIT
IDEA, SUSUN…
GENERALISASI
PENILAIAN
Jenis Bacaan
MEKANIS
MENTALIS
INTENSIF
EKSTENSIF
Peringkat Kemahiran Membaca
KESEDIAAN MEMBACA
PRABACAAN
AKTIVITI MEMBACA
MEKANIS
MEMBACA DAN
MEMAHAM
Peringkat Kemahiran Membaca 2
o PENUBUHAN MAKNA
o PENTAFSIRAN
MAKNA
o PERUMUSAN MAKNA
o PENILAIAN MAKNA
Teknik Membaca
SQ3R
KWLH
DR-TA
Perancangan dan Penilaian Bacaan
PERANCANGAN
MEMILIH BAHAN
MENILAI
0 ulasan:
Catat Ulasan