BIL
|
TAJUK
|
|
1
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pembentangan
kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 “Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam” |
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa
Melayu Kuno
|
2
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam
Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain.
Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya
mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok
dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok
mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan
keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah
timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai
loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.
|
BIL
|
TAJUK
|
Asal
Usul Bahasa Melayu
|
3
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini membincangkan mengenai asal usul
bangsa Melayu, perkembangan bahasa Melayu, peralihan bahasa Melayu kuno ke
Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata
Homograf
|
4
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini adalah mengenai definisi, contoh – contoh kata homograf, dan juga
cadangan latihan. Pelbagai contoh bela, sepak, rending, semak, perang, sela,
tekad, selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.
|
BIL
|
TAJUK
|
Soalan
Karangan Pelbagai Jenis
|
5
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini memberi latihan kepada calon SPM untuk mengarang jenis karangan
keperihalan, fakta, cereka, imaginasi, perbincangan, pendapat, ulasan,
dialog, wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Mari
Belajar Bahasa Melayu KBSR Tahap Dua
|
6
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini adalah berkaitan tentang golongan kata.katabantu.kata bilangan.kata hubung.kata kerja,kata nafi.kata nama.kata pangkal.kata pemeri.kata penegas.kata penguat.kata perintah.kata seru.kata sifat.kata tanya.kata keterangan.kata ganda
|
BIL
|
TAJUK
|
Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
|
8
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Rujukan dalam PRPM meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah
(Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (Sabah
dan Sarawak), peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa Melayu,
kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Membaca
SQ3R
|
9
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
SQ3R
ialah teknik membaca kritis yang telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakansatu kaedah membaca yang memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapatdalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu
diselesaikan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pemarkahan
Karangan Umum Dan Karangan Upsr
|
10
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kertas
ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan
ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan
dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian
istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak
peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang
dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar.
Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah,
penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
11
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sekali
lagi, karangan ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu
perkataan. Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu
menulis perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa
perenggan. Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan
berpandu, karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada
subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian
dengan murid-murid cikgu.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
12
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Beberapa
isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh
Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html
|
BIL
|
TAJUK
|
|
13
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata pelajaran
yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin
keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar
perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa
Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
|
14
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran
Pemulihan Dalam Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa?
|
15
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Adalah
lumrah apabila kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran
antara seorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang
telah dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan dan perkembangan mental
mengenai perkara tersebut. Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar
penguasaan atau daya belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar
menghadapi latar kehidupan, perkembangan
mental
dan pertumbuhan fizikal yang berbeza.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu
|
16
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Huraian
Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan
secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan
murid. Hasil pembeljaaran diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras
asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik
Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
|
17
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pengajaran
ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang
individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan
dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan
dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara
yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik
Perbincangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
|
18
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Selain daripada kaedah pengajaran, teknik juga
dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam sesuatu
sesi pelajaran. Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni dengan kaedah.
Banyak teknik boleh digunakan oleh guru. Satu daripada teknik tersebut ialah
teknik perbincangan. Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan bahawa perbincangan
ke atas idea dan pendapat merupakan aktiviti pertuturan yang selalu diadakan
dalam pengajaran bahasa.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Bilik
Darjah
|
19
|
URL
| |
SINOPSIS
|
Program
mengajar kemahiran berfikir secara formal kepada semua pelajar telah
dilaksanakan sejak tahun 1992. Kita telah mencapai kejayaan yang terhad. Apa
yang penting ialah kita harus belajar daripada pengalaman kita melaksanakan
program tersebut selama ini dan berusaha memurni dan memantapkan proses
pelaksanaan program tersebut sepaya ia mencapai matlamat sebenar mengajar
kemahiran bahasa melayu ini.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kaedah Pengajaran Membezakan Bentuk Dan Bunyi
Huruf Yang Hampir Sama ( B Dan D )
|
20
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Modul
ini disarankan untuk digunakan oleh guru-guru dalam memperkenalkan
huruf-huruf yang hampir sama bentuk atau bunyinya seperti huruf b dengan d.
Langkah –langkah yang dijalankan dalam modul ini mampu mempercepatkan proses
pengenalan huruf ini dan mengandungi aktiviti-aktiviti yang menarik dan
berkesan.
Modul
ini juga tidak memberatkan tugas guru di mana guru hanya memerlukan
bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf seperti kad huruf sahaja.
Pengajaran ini dirangka dengan mempelbagaikan penggunaan kad huruf di
samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung murid-murid dengan
huruf-huruf.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
21
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah
dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu
untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya
perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan
dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi
negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya
dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
|
BIL
|
TAJUK
|
Penulisan Bahasa Melayu
|
22
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan
artikel ini dapatlah disimpulkan bahawa:
(a)
Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu. (c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa. |
BIL
|
TAJUK
|
BML 4103 Sosiolinguistik Dan Pengajaran Bahasa
Melayu
|
23
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kursus
ini khusus mengajarkan tatasosial untuk guru bahasa Melayu supaya mereka arif
berbahasa Melayu di samping menguasai tababahasanya. Pendek kata, Malaysia terlibat
di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti
yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul.
Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia.
Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah
dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
|
24
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Penilaian
yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk
belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi
mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan
mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak
|
25
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kajian
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak merupakan
sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini sedikit sebanyak membantu
pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek berkaitan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia khususnya. Hanya melalui
ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan memantapkan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam kursus-kursus terpilih
di IPTS dapat ditingkatkan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
|
26
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi
kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman 2, kata adjektif, kata
hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan bahasa 1, simpulan bahasa
2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu
di sekolah menengah:
Satu Tinjauan
|
27
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kurikulum
Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah
disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan
kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran
pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).
|
BIL
|
TAJUK
|
Sintaksis
|
28
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Cabang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis
bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan
Unsur Ayat
|
29
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
AYAT
ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa.
Ayat mengandungi makna yang lengkap. Pengucapan ayat dimulai dan
diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan
tanda baca titik.
|
BIL
|
TAJUK
|
Tatabahasa
bahasa Melayu
|
30
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Morfologi ialah
bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana
kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan
satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Ayat:
Subjek & Predikat…?
|
31
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat
ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat
yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU
predikat.
Subjek
+ Predikat = Ayat
Subjek
+ Predikat = Ayat Biasa
Predikat
+ Subjek = Ayat Songsang
Subjek
= ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.
Predikat
= ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan
Ayat
|
32
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat
bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga
dari segi susunan unsur-unsur itu. Jika dilihat dari sudut ini,
ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan
biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang
mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah
dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan
predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan
boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja,
frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Perkataan
pinjaman dalam Bahasa Melayu
|
33
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Tujuan
kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat, kebudayaan
dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara- negara Asia Tenggara seperti
Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur
perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata
Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu:
Satu Kajian Makna
|
34
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Semua
bahasa meminjam perbendaharaan kata daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa
Arab sebagai lingua franca agama Islam menyumbangkan perbendaharaan kata dan
istilah kepada bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan
Afrika. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat
manfaat daripada kata pinjaman bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji
sudut makna leksikal pada kata pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai
Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu
|
35
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini berkaitan tentang daftar kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit
dalam bahasa Melayu. Untuk penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai
Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu
|
36
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel
ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam dari bahasa asing seperti ae, aer,
ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu, oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch,
ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak lagi.
|
BIL
|
TAJUK
|
Unsur-unsur
Asing Dalam Bahasa Melayu
|
37
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Peminjaman
usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.
Terdapat
unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a.
Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau
khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b.
Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa
asing.
c.
Kegemaran menggunakan bahasa asing.
d.
Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu
sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa
asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sejarah
Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu
|
38
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Van
Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu,
pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum
namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa
timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan
Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa
Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sejarah
Bahasa Melayu
|
39
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa
Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui
oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat
kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama
beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa
Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir
ini, nama “Bahasa Melayu” digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa
kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa
Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan
tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa
Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah
Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami
sebarang perubahan nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Variasi
Bahasa
|
40
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan
konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa
formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan
Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra,
bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar,
bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat
dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal,
dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata
Pinjaman DalamBahasa Melayu
|
41
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Dalam
perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga tahaputama; Bahasa Melayu kuno,
Bahasa Melayu klasik danBahasa Melayu Moden Bahasa Melayu kuno merupakan
keluarga bahasaNusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abadke-13
iaitu pada zaman pemerintahan Srivijaya. Bahasa Melayu klasik berkembang
pesat bermula dari abadke-13 dan digunakan dalam zaman pemerintahankerajaaan
Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu moden bermula pada abad
ke-19 iaitusebelum penjajahan British.Tiga tahap utama perkembangan Bahasa
Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Misalnya, B.M kuno terpengaruh
dari Sanskrit dan Hindu, B.M klasik dari bahasa
|
BIL
|
TAJUK
|
Linguistik
Melayu
|
42
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Linguistik
Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para
pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan
dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori,
aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini
menghuraikan secara jelas topik yang berkaitan dengan fonetik, fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara
disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik,
sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa,
linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolingiistik dan
sebagainya.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kajian
Bahasa dan Linguistik Melayu di Malaysia (Bahagian 1)
|
43
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sejarah
kajian bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu yang
tidak terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu
sejak abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu,
Dinasti Ming yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah
memerintahkan pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa
kata tentang 17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi, geografi,
musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat
perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman,
kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, kata umum.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sosiolinguistik
dan Bahasa Melayu
|
44
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sosiolinguistik dan Bahasa
Melayu untuk pelajar sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti
ini dihasilkan untuk menjelaskan kepada seluruh lapisan pembaca tentang
kajian sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Judul yang termuat dalam buku ini
tersusun mengikut bidang yang terdapat dalam sosiolinguistik. Kandungan
langsung yang digarap dalam 12 bab ini bakal merungkai tentang persamaan dan
perbezaanya. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam
sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa turut dikupas oleh
pengarang. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza
bagi maksud yang sama.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
45
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pameran
Literasi Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang wajib setelah selesai
membuat bahan sumber mengajar dengan jayanya. Pameran ini melibatkan
semua pelajar PISMP Semester 2/2010 yang merangkumi kumpulan PISMP Bahasa
Melayu, PISMP Pengajian Sosial, PISMP Bahasa Cina dan PISMP Pemulihan Bahasa
Cina IPG Kampus Rajang.
|
BIL
|
TAJUK
|
Teori
Pemerolehan Bahasa
|
46
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
· Diasaskan oleh Ivan
Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard
Bloomfield.
· Dikembangkan oleh Watson,
Skinner dan Thorndike
· Pembelajaran telah berlaku
melalui perubahan tingkah laku manusia.
· Permerolehan sesuatu
perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
· Semua bentuk pembelajaran tidak
ada kaitan dengan keupayaan mental.
· Tingkah laku manusia adalah
ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka
· Dalam proses pembelajaran,
aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
· Penekanan kepada latihan yang
berulang perlu diberikan perhatian.
· Dalam P&P bahasa, aliran
ini satu latihan.
· Bahasa merupakan sesuatu yang
hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
· Latihan adalah perlu untuk
membentuk kebiasaan dalam berbahasa.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pandangan-Pandangan
Teoritis Kaum Behaviorisme Tentang Pemerolehan Bahasa Pertama
|
47
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Teori
Behaviorisme mengatakan bahwa peniruan sangat penting dalam mempelajari
bahasa. Teori ini juga mengatakan bahwa mempelajari bahasa berhubungan
dengan pembentukan hubungan antara kegiatan stimulus-respon dengan
proses penguatannya. Proses penguatan ini diperkuat oleh suatu situasi yang
dikondisikan, yang dilakukan secara berulang-ulang. Sementara
itu, karena rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses pembelajaran,
anak-anak akan merespon dengan mengatakan sesuatu. Ketika responnya benar,
maka anak tersebut akan mendapat penguatan dari orang-orang dewasa di
sekitarnya. Saat proses ini terjadi berulang-ulang, lama kelamaan anak akan menguasai
percakapan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Aktiviti
Pratulisan Dan Tulisan Mekanis
|
48
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Peringkat
pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan,
peringkatmekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu
pratulisan adalahtempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis
sebelum mereka dapatmenulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh
masa ini latihan otot-otot,tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata
diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran
tulisan yang dirancangkan haruslahsistematik, bertitik-tolak daripada
aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bengkel
Aktiviti Pratulisan
|
49
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bengkel
Aktiviti PratulisanMelaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan
Mata.Penghasilan ABM bagi tajuk tersebut telah dibuat dalam memuatkan
aktiviti yang melibatkanpergerakan jari, tangan dan mata. ABM yang dihasilkan
adalah Papan Bentuk. Alat ini digandingkanbersama plastesin. Papan
bentuk ni disediakan dengan pelbagai bentuk iaitu segi empat sama,
segiempat tepat, bulat dan sebagainya. Objek pada Papan Bentuk dibina dalam
beberapa tahapkesukaran bagi membolehkan murid menguasai kemahiran ini secara
berperingkat dan seniasa majuke hadapan. Selain itu, nama-nama objek turut
dipamerkan agar murid-murid dalam melihat,mengeja, dan menyebut. Plastesin
digunakan untuk menghasilkan bentuk Papan Bentuk.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
50
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Seseorang
pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari,
pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca
untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau
ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau
mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai
dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing
pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah
rendah lagi.
|
Bil
|
Tajuk
|
Kata nama
|
51
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman sesawang ini akan
memerihalkan mengenai kata nama yang terbahagi kepada tiga domain utama yakni
kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
|
0 ulasan:
Catat Ulasan