1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam
talian.
2. Melaksana simulasi pengajaran dalam
talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.
Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman
Web Pembelajaran.
§ Murid-murid gemar
untuk menggunakan komputer dan internet.
§ Sifat sebegini yang
dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah.
§ Untuk membantu guru
supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan
rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat
Internet.
§ Guru boleh
menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.
§ Langkah penggunaan
laman web adalah seperti berikut:
Ø Tentukan objektif
pengajaran yang hendak dicapai
Ø Guru menjelaskan
tugasan yang perlu murid lakukan
Ø Minta murid melayari
laman web yang disediakan
Ø Murid melaksanakan
tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan
alat pengarangan elektronik
Ø Guru membuat
kesimpulan.
Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH 1 :
- Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
- Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
- http://upsrbm.tripod.com/bk.htm
LANGKAH 2 :
- Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
- Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
- Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :
LANGKAH 3 :
- Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
- Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
- Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
- Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
- Lihat contoh di bawah :
LANGKAH 5 :
- Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
- Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik :
- Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
- Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.
Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan
Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa :
0845-0945 (60 minit)
Tahun : Tahun 1 Bendahara
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk
Pelajaran : Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan
Murid : 30 orang
Standard
Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard
Pembelajaran : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan
ayat tunggal.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar.
ii. Mengetahui dan menceritakan 5
cara menghapuskan tempat pembiakan aedes.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i. Bercerita berdasarkan video
ii. Membina ayat secara berkumpulan
dan individu
iii. Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia
Ada : Murid pernah melihat nyamuk aedes
Pengisian
Kurikulum :
i. Ilmu -
Pendidikan Sivik, Pendidikan Kesihatan
ii. Nilai -
kerjasama, tanggungjawab, berbudi bahasa
ENT :
i. Kemahiran Berfikir - menjana
idea untuk membina ayat tunggal
ii. Kemahiran Belalajar Cara Belajar
– belajar secara berkumpulan
iii. Kontekstual – kebersihan
persekitaran rumah
iv. Kecerdasan Pelbagai –
interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal
EMK : Inovasi dan Kreativiti
Sistem
Bahasa : Ayat Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar
Langkah / Masa
|
Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi (5 Minit)
|
Gambar mangsa demam denggi
|
1.
Murid melihat gambar.
2.
Mengaitkan dengan tajuk Tiada Aedes Tiada
Denggi
|
BBB :
Gambar 1, LCD
ENT :
Kontekstual
|
Langkah 1 (10 minit)
|
Kitaran hidup nyamuk aedes
|
1.
Murid melihat dan memahami kitaran hidup
nyamuk aedes
2.
Murid membina 3 ayat tunggal berdasarkan
gambar kitaran nyamuk
3.
Beberapa orang murid membentangkan ayat.
|
BBB :
Gambar 2, LCD
Tatabahasa :
Ayat tunggal
ENT :
Kemahiran berfikir, verbal linguistik
|
Langkah 2 (10 minit)
|
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes kepada murid.
|
1.
Murid menonton tayangan video
2.
Murid menceritakan kembali mengenai tempat
aedes membiak berdasarkan video yang ditonton kepada rakan
3.
Beberapa murid menceritakan kembali mengenai
video yang ditonton di hadapan kelas.
|
BBB :
Video LCD
ENT :
Verbal lingustik, interpersonal
Nilai :
Kerjasama, berbudi bahasa
Ilmu :
Pendidikan kesihatan dan sivik.
|
Langkah 3 (15 minit)
|
Berbincang secara berkumpulan
|
1.
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
2.
Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai 5
cara untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes berdasarkan gambar yang
diberikan.
3.
Secara berkumpulan murid diminta menceritakan
tentang cara-cara menghapuskan aedes secara bergilir-gilir menggunakan aedes
ayat tunggal (seorang murid satu cara)
|
EMT : Kreativiti
ENT : Kemahiran belajar, verbal linguistik
Nilai :
Tanggungjawab, kerjasama
Tatabahasa :
Ayat tunggal
|
Langkah 4 (15 minit)
|
Pemerhatian pembentangan murid
|
Pentaksiran :
Penilaian berdasarkan aktiviti yang dijalankan
|
Pemerhatian
ENT :
Kemahiran berfikir, intrapersonal
|
Borang pengurusan grafik
|
Pengayaan :
1.
Melengkap peta minda yang disediakan (lembaran
kerja 1)
|
EMK :
Inovasi
BBB :
Lembaran kerja
ENT :
Intrapersonal, kontekstual
|
|
Padanan ayat
|
Pemulihan :
1.
Memadankan ayat dengan gambar
2.
Tanda jawapan yang betul.
3.
(lembaran kerja 2)
|
||
Penutup (5 minit)
|
1.
Penutup kognitif
2.
Penutup sosial
|
1.
Murid diingatkan mengenai cara menjauhkan diri
daripada penyakit demam denggi.
2.
Murid diminta memberi pendapat mengenai
perkara yang harus dilakukan oleh masyarakat untuk menghapuskan aedes.
|
Nilai :
Bertanggungjawab
ENT :
Kontekstual
EMK :
Kreativiti
|
Refleksi :
i. Kelemahan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. Kekuatan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. Penambahbaikan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3
TAPAK PEMBELAJARAN
0 ulasan:
Catat Ulasan