INTERAKSI 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
Kandungan
- Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
- Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
- Membina bahan.
Pengenalan
- Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
- Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Prinsip-prinsip utama
Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran
maklumat
ii. Pengaliran maklumat dua hala
iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan
pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan
menyimpan maklumat.
Ingatan Jangka Pendek
(Short Term Memory)
i. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja'
('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir
maklumat itu tidak diulang.
ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara
mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance
Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20
saat.
Ingatan Jangka
Panjang (Long Term Memory)
i. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan
kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa
segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini
jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari
pertama sekolah.
iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat
kembali.
Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model
yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui
teknologi komputer.
7.2 Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak
pembelajaran.
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak
pembelajaran haruslah menunjukkan
cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini
membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembalajaran itu digunakan agar
membolehkan murid-murid menggunakannya
untuk P&P yang seterusnya.
Contoh-contoh tapak pembelajaran bersifat tutorial.
0 ulasan:
Catat Ulasan