MENULIS RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN LISAN : MENDENGAR DAN
BERTUTUR
Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran
berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif
pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan,
menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan,
menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan
afektif (memilih).
PERANCANGAN AKTIVITI
LISAN MELIBATKAN TIGA PERINGKAT BERIKU
q Peringkat
persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan
tiga perkara asas, iaitu:
a. Guru menerangkan
tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid
dalam proses pengajarannya
Contoh aktiviti
: guru dan beberapa orang murid menunjukkan simulasi cara melintas jalan.
b. Guru menyedia
dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan, bahan
stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam
proses P & P.
Contoh
aktiviti : Guru menunjukkan beberapa
keping gambar kesalahan melintas jalan raya.
c. Guru perlu
memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
q Peringkat pelaksanaan
aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu :
a. Murid-murid
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan
b. Guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas,
kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.
q Peringkat susulan
dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat
tindakan susulan dan penilaian dianggap
paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh
menentukan sama ada :
a. Objektif
pengajarannya tercapai atau tidak
b. Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
c. Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan.
TINDAKAN SUSULAN
- Aktiviti
pemulihan (untuk murid-murid yang lemah)
- Aktiviti
pengayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).
OBJEKTIF, LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
AKTIVITI
a. Mendengar dan
memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam
atau di luar sekolah;
b. Bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai
keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan
sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
1983 :3)
Berdasarkan
KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun
1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2010) adalah seperti berikut:
- Mendengar,
mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti
dan betul;
- Mendengar,
mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
- Mendengar,
memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul dan
tepat;
- Mendengar,
memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
- Mendengar,
memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan,
pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
- Bertutur dan
berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi kata panggilan, kata ganti nama
diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila;
- Bercerita
tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul; dan
- Berbicara
untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan
perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI
MENDENGAR
Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan
keberkesanannya ( Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd. Rahman,
1992:21-22)
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat,
iaitu:
- Peringkat
pramendengar (sebelum)
- Peringkat
semasa mendengar (semasa)
- Peringkat
selepas mendengar (selepas)
Peringkat Pramendengar
1. Guru memberi
tugasan atau soalan kepada murid
terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
2. Seterusnya, guru
memberi gambaran yang menyeluruh tentang
apa yang hendak diperdengarkan.
3. Guru turut
memberi arahan yang jelas tentang tugasan
dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
4. Akhirnya, guru
memastikan murid dalam keadaan sedia
untuk mengikut aktiviti.
Peringkat Semasa Mendengar
1. Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap bahan rangsangan.
2. Guru juga perlu
mengatasi sebarang gangguan yang mungkin
timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan.
Peringkat Selepas
Mendengar
1. Guru menghuraikan kembali tentang apa yang tidak
difahami oleh murid dalam bahan rakaman.
2. Guru turut
memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
3. Guru juga
memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan.
4. Setelah itu,
guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.
5. Pengajaran
kemahiran mendengar digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain. (mendengar +
bertutur)
6. Teknik
bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian tarik
minat
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI
BERTUTUR
Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang
berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49, iaitu :
- Peringkat
persediaan ( sebelum)
- Peringkat
pelaksanaan aktiviti ( semasa)
- Peringkat
susulan dan penilaian ( selepas)
Pada peringkat persediaan, terdapat tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru,
iaitu:
i. Guru
menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau melakukan tunjuk cara serta memberi contoh.
ii. Guru
mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti (kad kiu,
kertas edaran dan lain-lain)
iii. Guru
memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.
Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua
perkara yang dilaksanakan iaitu :
i. Murid
menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
ii. Guru
menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang menjalankan aktiviti.
Peringkat-peringkat susulan dan penilaian
i. Penilaian
dijalankan secara berterusan (perbincangan- memberi maklum balas tentang
prestasi dan pencapaian murid.)
ii. Sebagai
pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur
yang dijalankan.
0 ulasan:
Catat Ulasan