Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap
dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik
hibur.
Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan
idea melalui penulisan dan lisan.
Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang
dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan
seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa
kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga
menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa
ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA.
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan:
Menyebut dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan
gerak laku secara didik hibur.
Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif
melalui penceritaan secara didik hibur.
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.
Melafazkan pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah
dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
PRINSIP ASPEK SENI BAHASA
Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan
bahasa.
Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang
sentiasa kreatif dan imaginative.
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI
BAHASA.
Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan
murid mengungkap keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid
lebih berketrampilan serta menghayati
seni bahasa itu.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru
harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard
kandungan dan standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
RUMUSAN.
Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam
kurikulum standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa
secara didik hibur. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki
keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur,
membaca, menulis, secara efektif melelui pelbagai kaedah pengajaran.
Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa dapat
meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk
melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat
menghargai dalam sesuatu nilai sastera atau seni.
0 ulasan:
Catat Ulasan